Selasa, 22 Februari 2011
Nuhaazahra
Assalamualaikum sahabat maaf diatas keterlewatan ana membalas mesej saudari.. Syukran diatas kunjungan moga ada manfaatnya.. Ni FB ana Nor' Aizah Sihkh Khalid.. Ukhuwah Fillah
Khamis, 10 Februari 2011
Siapa aku pada pandanganMU
MENURUT IMAM AL-GHAZALI,ADA 6 SEBAB KENAPA SESEORANG ITU SUKA MENGUMPAT:
1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan memuncak sehingga sanggup mendedahkan keaiban orang lain.Jika kemarahan tidak dapat dikawal,ia akan menyebabkan hasad dan dengki.
2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan teman yang menyerang peribadi dan kehormatan orang lain.
3. Mahu bersaing dan menonjol diri dengan menganggap orang lain bodoh.
4. Disebabkan dengki,dia berasa iri dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya.
5. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah terhadap orang lain.
6. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan sesuatu mengenai kelemahan dan kecacatan orang lain.
“Semua benda ada kecantikan,tetapi tidak semua orang dapat menilainya.Lihatlah kelemahan diri sendiri sebelum melihat kelemahan orang lain.Barulah boleh tersenyum”
Langgan:
Catatan (Atom)