Rabu, 17 Mac 2010

CiRi2 TaUbAt yAnG DiTeRiMa ALLAH

>Menurut Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya (Mukasyafatul Qulub), dinyatakan beberapa ciri yang menunjukkan taubat seseorang itu dierima,antaranya:
1. Orang itu terlihat lebih bersih dan lebih suci daripada perbuatan maksiat & lebih berupaya menahan diri.Dia seolah2 mempunyai himpunan tenaga yang menghalang dirinya daripada melakukan dosa.

2. Hatinya sentiasa lapang & tenang baik semasa berseorangan ataupun bersama orang lain kerana hatinya sudah dihiburkan oleh Allah sehingga jernih dan tulus.

3. Dia selalu bergaul dengan orang yang baik2 & mencari kenalan yang baik2.Apabila ada orang yang bertaubat tetapai masih selesa bergaul dengan kenalan yang tidak baik,sebenarnya dia belum sungguh2 bertaubat.Lain halnya apabila niat sebenarnya mahu mengubah kenalan menjadi baik.Berada dalam lingkungan manusia yang baik2 ibarat kita berada dalam benteng yang terpelihara.

4. Kualiti amalanya meningkat.Selain dapat menahan diri daripada perbuatan dosa,kualiti ibadahnya semakin gemilang.Solatnya semakin bagus,puasanya cemerlang,malamnya dihidupkan dengan solat tahajjud,sedekahnya diperbanyakkan.Inilah antara bukti taubat seseorang diterima.

5. Dia sentiasa menjaga lidahnya.Dia begitu teliti mengikut perkembangan amalan.Kualiti amalannya terus mendaki puncak cemerlang.Dia semakin teliti mengendalikan lidahnya,fikiran dan ingatn supaya dijuruskan kepada Allah semaksimum yang mungkin.Hingga cinta & rindu kepada Allah semakin menebal.Jadi apabila masa ini kita masih merasa senang & tidak gelisah melakukan maksiat,bercakap perkara yang sia2 bahkan menyakiti hati pula,tidakkisah memilih kenalan yang buruk,hati gelisah urusan dunia,jarang pula ingat kepada Allah,amalannya kian merosot,sedarlah taubat kita hanya di mulut sahaja.Ya, kita menyesal tetapi hanya sekadar penyesalan yang beremosi sahaja.Kita belum benar2 takut kepada Allah...Allahuakbar!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman

Umurku bertambah,Dekatlah kematian

Lilypie Kids Birthday tickers