Isnin, 8 Februari 2010

SURAT DARIPADA SYAITAN


Hai manusia yang tersayang,

Sewaktu engkau mahu tidur,aku lihat engkau tidak memuji Allah,tidak berselawat,tidak membaca ayat kursi.Ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah untuk tidur bukan untuk membaca dan mengingati apa-apa.Sesungguhnya engkau tidak membuang masa tidurmu.

Pagi ini aku melihat engkau tidak mengerjakan solat subuh.Bagus sekali!!! Engkau telah membuktikan bahawa engkau sahabatku yang budiman.Jangan engkau susah-susah bangun dan memendekkan kasa tidurmu.Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman.Jangan engkau pedulikan azan subuh yang mengejutkan engkau dari tidurmu.Bila subuh menjelang,udara masih dingin,tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku juga melihat engkau suka memakai pakaian yang tidak menutup aurat.Bagus sahabatku.Seharusnya engkau perlu mengikut fesyen semasa tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan.Pasti mata-mata juga pasti terpesona melihat kecantikamu.Sesungguhnya kecantikan yang dikurniakan kepadamu hendaklah ditonjolkan kepada tontonan ramai.

Aku juga melihat engkau jarang membaca bismillah sewaktu akan makan.Ini bagus kerana engkau tidak memenatkan mulutmu.Aku juga melihat engkau makan dengan lahapnya.Makanlah sepuas-puasnya sayangku.Inilah rezeki dari tuhanmu.

Sahabat,aku juga melihat engkau bergembira menghabiskan duit dengan bershopping,menonton wayang,dan membeli kemewahan dunia.Syabas sahabatku.Engkau telah membelanjakan rezeki yang kamu perolehi dengan jalan yang betul daripada member sedekah kepada orang lain.Duit engkau hanya untuk engkau.Tidak perlulah bersusah-susah untuk orang lain.

Aku lihat bila engkau bertemu sahabat handaimu,engkau tidak mengucapkan ASSALAMUALAIKUM tetapi engkau mengucapkan HAI………….HELLO……OIT……..Ini juga bagus kerana engkau seorang tidaklah nampak kekampungan.Engkau telah mengikut TREND semasa.

Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.Di akhirat nanti,engkau dan aku dapat bersama berjalan………Kita berpegang tangan menuju NERAKA JAHANNAM.Bertapa terharunya aku memiliki sahabat sehidup semati sepertimu duhai sayangku.

Sahabatmu yang tercinta…

SYAITAN

Jumaat, 5 Februari 2010

kasih sayang Allah

Aku besyukur kerana Allah masih sayngkan aku.Apa yang aku nak khabarkan di sini adalah bermula dgn...........Minggu ini adalah ujian bagi aku yang bergelar budak U..Aku diuji dgan kekurangan pembelanjaan tapi itu adalah baru ujian yang kecil dr Allah kepada hambanya..Aku bersabar di atas ujuian tersebut dengan mengingati Allah kerana sabar itu adalah separuh drpd IMAN..Dengan kasih sayang Allah kepada hambanya Allah telah membantu aku.Hari yang bertuah ini aku mau kongsikan bersama kawan-kawan..Semuanya bermula setelah aku selesai solat subuh di surau Tariq bin Ziyad,aku berjalan bersama 'housemate' aku n tiba2 aku dengan tidak sedarkan diri memasukkan tanganku ke dalam poket seluar n tiba2 aku rasa ada sesuatu di dlmnya n aku rasa mcm duit,terus di fikiran aku sangka itu hanya RM1 tetapi alangkah terkejutnya aku apabila dikeluarkan RM10..Aku bersyukur kepada Allah kerana menolongku disaat aku kesusahan TETAPI aku bercakap pada diriku 'Aku ditolong oleh Allah hari ni tapi hari-hari yang sebelumnya aku lupa akan nikmat Allah kepadaku,Aku manusia yang hina sebenarnya coz time susah ingat Dia time senang lupakan Dia..Ya Allah janganlah kau jadikan aku manusia yang hina di sisimu Ya Allah,aku perlukanmu YA Allah..Ya Allah peliharalah hatiku drpd mengingati perkara lain lebih dari engkau Ya Allah..
Aku sambung citer k...Lepas dari jmpa duit 2 aku balik bilik dengan rasa terhina di sisi Allah,tetapi Allah itu Maha Penyayang walaupun kita kadang2 aja mengingati Dia tapi Dia sentiasa mengingati kita..Lepas aku baca buku aku nak siap2 g kelas koko,aku buka buku nak simpan kertas nota kat dalam tu tiba2 aku terjumpa RM3 dalam buku yang selama ni aku buka aku x pernah jumpa pun..Subhanallah Allah itu Maha Pengasih..Alhamdulillah Allah masih berikan aku rezeki walaupun aku...........................? biarlah jadi rahsia aku...Aku ingin mengjak kawan2 yang terbaca blog aku ni sama2 kita muhasabah diri kita dimana tahap IMAN kita kepada Allah sekarang????Adakah masih di tangkuk lama or dah da perubahan...Aku write cuter ni bukan nak cakap Allah tu sayang aku or aku nak menunjuk tapi aku just nak kongsi cerita tentang Allah yang amat menyayangi hambanya....k la ckup setakat 2 dulu aku coretkan bt tatapan sesiapa yang baca blog aku k...Allah Maha Besar...ALLAHUAKBAR!!!!!!!

Halaman

Umurku bertambah,Dekatlah kematian

Lilypie Kids Birthday tickers