Hai manusia yang tersayang,
Sewaktu engkau mahu tidur,aku lihat engkau tidak memuji Allah,tidak berselawat,tidak membaca ayat kursi.Ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah untuk tidur bukan untuk membaca dan mengingati apa-apa.Sesungguhnya engkau tidak membuang masa tidurmu.
Pagi ini aku melihat engkau tidak mengerjakan solat subuh.Bagus sekali!!! Engkau telah membuktikan bahawa engkau sahabatku yang budiman.Jangan engkau susah-susah bangun dan memendekkan kasa tidurmu.Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman.Jangan engkau pedulikan azan subuh yang mengejutkan engkau dari tidurmu.Bila subuh menjelang,udara masih dingin,tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.
Aku juga melihat engkau suka memakai pakaian yang tidak menutup aurat.Bagus sahabatku.Seharusnya engkau perlu mengikut fesyen semasa tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan.Pasti mata-mata juga pasti terpesona melihat kecantikamu.Sesungguhnya kecantikan yang dikurniakan kepadamu hendaklah ditonjolkan kepada tontonan ramai.
Aku juga melihat engkau jarang membaca bismillah sewaktu akan makan.Ini bagus kerana engkau tidak memenatkan mulutmu.Aku juga melihat engkau makan dengan lahapnya.Makanlah sepuas-puasnya sayangku.Inilah rezeki dari tuhanmu.
Sahabat,aku juga melihat engkau bergembira menghabiskan duit dengan bershopping,menonton wayang,dan membeli kemewahan dunia.Syabas sahabatku.Engkau telah membelanjakan rezeki yang kamu perolehi dengan jalan yang betul daripada member sedekah kepada orang lain.Duit engkau hanya untuk engkau.Tidak perlulah bersusah-susah untuk orang lain.
Aku lihat bila engkau bertemu sahabat handaimu,engkau tidak mengucapkan ASSALAMUALAIKUM tetapi engkau mengucapkan HAI………….HELLO……OIT……..Ini juga bagus kerana engkau seorang tidaklah nampak kekampungan.Engkau telah mengikut TREND semasa.
Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.Di akhirat nanti,engkau dan aku dapat bersama berjalan………Kita berpegang tangan menuju NERAKA JAHANNAM.Bertapa terharunya aku memiliki sahabat sehidup semati sepertimu duhai sayangku.
Sahabatmu yang tercinta…
SYAITAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan