Ahad, 14 Mac 2010

Kehidupan

Salam...Sudah lama rasanya ana tak menjenguk ke blog ana disebabkan oleh kesibukan kehidupan di U...Tapi Alhamdulillah ana dapat selaraskan kerja ana di dunia dan akhirat...Alhamdulillah Allah masih menyayangi ana dan anda semua kerana diberi peluang olehnya untuk bernafas di atas muka bumi Allah yang sangat luas dan sangat cantik,tiada perbandingan yang lebih sempurna daripa ciptaanNya..Maha suci Allah daripada sifat kekurangan,Maha suci Allah dari sifat-sifat yang ditohmahkan oleh musuh-musuh islam terhadap Rabnya..Maha suci Allah daripada sifat-sifat kesempurnaan....Terlalu banyak kesempurnaan Allah sehingga kita tidak dapat untuk mentakwilkan lagi apa yang Allah tetapkan,ana di sini tertarik untuk mengajak sahabat-sahabat ana untuk muhasabah kembali apa yang kita telah lakukan terhadap kehidupan kita yang bersandarkan kepada syariat Allah..Ana ingin mengajak sahabat-sahabat ana terutama diri ana sendira untuk kembali ke jalan Allah yang Maha Esa...Ana ada mendengar kuliah daripada seorang ustaz yang ana jadikan beliau sebagai idola ana iaitu yang mulia ust Syafie,beliau ada menyatakan bahawa SYAITAN LAKNATULLAH ini berada di setiap stesen(mcm stesen minyak 2 or R&R ke)Laknatullah ini akan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan manusia ni kufur kepada penciptanya..cth: kalau di stesen yang pertama kita masih lagi kuat akan iman kita maka Laknatullah ini akan mencuba sedaya upaya untuk kita berpaling daripada jalan yang lurus dengan pelbagai teknik yang digunakan,maka malanglah bagi sesiapa yang tidak menguatkan setiap degupan jantungnya dengan beriman kepada Allah..SYAITAN LAKNATULLAH ini sudah mengenali nenek moyang kita dari dahulu lagi,maka dengan itu sangat mudah bagi Syaitan ini untuk memperdayakan setiap daripada kita dengan tipu muslihat yang sangat licik...Segala tingkah laku,niat & kehidupan manusia ini sudah dikhatamkan oleh Syaitan ini(ayat ana sendiri tuk bagi semua faham)..Adakala kita rasa sesuatu perkara yang kita buat itu dah baik tetapi sebaliknya salah di sisi agama..Marilah sama-sama kita kembali mengkaji & mengkhatamkan apa helah-helah yang digunakan oleh Syaitan ini dengan melihat sirah-sirah yang terdahulu agar kita tidak lagi diperdayakan oleh SYAITAN LAKNATULLAH...Sama-sama juga kita kaji amalan-amalan yang mengikut syariat Allah agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia..ok sama-sama kita kembali menjadi orang yang kuat untuk melawan hawa nafsu dan Syaitan agar apa-apa yang kita lakukan LILLAHITAALA....Allahuakbar!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman

Umurku bertambah,Dekatlah kematian

Lilypie Kids Birthday tickers