Maya bangun lebih awal hari itu dek kerana tidak mahu melepaskan peluang bersama Sang Pencipta.. Segala masalah yang menghantui dirinya, Maya luahkan kepada yang Maha mendengar.. Maya hanyut di dalam kenikmatan bersama kekasih hati. Rukuk, sujud, hanya untuk DIA..
Suara azan sayup kedengaran dari corong pembesar suara surau berdekatan, Maya bingkas bangun dari kehangatan bersama kekasih bagi menunaikan solat subuh di surau.. langkah Maya agak longlai, lenggokan badannya bagai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.. Kata-kata K.Jan masih terngiang-ngiang di telinga Maya. Monolog Maya sendirian..." Ya Allah, andai hambaMu diberi peluang, teguhkan hati ini ke jalan kejayaan, andai ini hidayah dariMu, biar terguris hati ini, jangan sampai ia kembali menderhaka lagi"..
Solat subuh dilaksanakan penuh khusyuk, seakan-akan mutiara cintanya sudah penat berada di kelopak mata,tunggu saat mahu berderai.. Maya memanjangkan doanya agar hatinya tetap teguh pada saat-saat ditarbiah. Maya sudah nekad di dalam hati, hubungan antara dia dan Yasir perlu ada noktahnya.. samaada ke kiri atau ke kanan, yang pasti dia tidak akan menoleh ke belakang lagi..
Jam di tangan menunjukkan pukul 8.00 pagi, Maya perlu menghadiri kuliah pertamanya setelah bergelar mahasiswi.. Seketika berada di dalam kelas, Maya tidak menghiraukan sahabat-sahabat barunya oleh kerana terlalu memikirkan apakah jalan yang terbaik bagi hubungannya dengan Yasir.. 'Ah, apa yang ditunggu lagi, mungkin ini saatnya aku perlu menjadi seorang yang tegas dan tetap akan pendirianku'..Maya berbisik pada hati kecilnya.
Adakah ini CINTA????
Membuat mata-mata beriman menjadi buaya
Membuatkan hati-hati yang khusyuk menjadi huru-hara..
Sedang Maya bermonolog, seorang lelaki berdiri di hadapan kelas memberikan salam kepada jemaah yang berada di situ. Pengumuman agak penting dibuat 'Assalamualaikum semua, saya Arif, tadi saya pergi ke pejabat fakulti kita, dan saya mendapat maklumat bahawa kelas akan bermula pada minggu hadapan, jadinya kelas hari ini akan diganti pada masa yang akan datang.Terima kasih'..
Alhamdulillah, Allah sudah memberikan masa yang sesuai dan saat itu juga hati Maya menjadi nekad untuk teruskan plannya bagi mencari noktah terakhir bagi hubungan dia dan Yasir. Maya bergegas keluar dan menekan nombor Yasir..
Tut...tut..tut..tut.....
'Assalamualaikum ustazah, apa khabar?' tanya Yasir seusai mengangkat telefon..
'Waalaikumussalam, Alhamdulillah sihat..Enta sibuk tak sekarang? Ana ada hal penting nak cakap dengan enta'.
'owh, bunyinya macam serius saja, ibu dan ayah ustazah sudah bagi green light ka?, seloroh Yasir tanpa mengetahui apa halnya.
'tidak, ana mahu bercakap mengenai hubungan antara kita, ana minta enta dengar dulu apa yang ana mahu sampaikan dan setelah itu, enta boleh cakap apa yang enta mahu.ana sangat-sangat berharap enta mendengarnya'.
'InsyaAllah ana akan mendengarnya'.jawab Yasir penuh minat.
'Bismilahirahmanirrahim, apa yang ana mahu cakapkan ini mungkin mengguriskan hati enta, tapi ingatlah kita punya Tuan yang lebih berkuasa.. Saban hari kita bermesej tazkirah dan peringatan, tetapi apakah kita sedar apa yang kita buat ini dimurkai Allah?, enta tak perlu jawab pada ana, enta jawab pada hati kecil enta. kita saling bertukar-tukar hadis-hadis Rasulullah berkaitan dengan keindahan berumah tangga dan kelebihan kaum adam dan hawa, hati ana terdetik, enta mahupun ana tidak pernah menghantar hadis berkenaan dengan sabda Rasulullah mafhumnya, sekiranya lelaki dan wanita berduan-duaan akan hadirnya orang ketiga yakni syaitan'.
Air mata Maya mulai membasahi pipinya yang semakin lama semakin banyak keguguran.Namun Maya tetap meneruskan percakapannya bagi menemuai noktah yang ingin dicapainya.
'Tidakkah enta memikirkan ayat Allah yang berbunyi "la taqrabu azzina"..Ana tahu enta lebih memahami tafsiran ayat ini dengan lebih mendalam'.. Ana tidak salahkan enta, malah menyalahkan diri sendiri yang telah membuatkan enta terjebak dalam cinta murka ini.
Yasir tidak dapat berkata apa-apa, sekali sekala terdengar esakan tangisannya di hujung-hujung telefon.
'Alhamdulillah, ana sudah luahkan apa yang terpendam di dalam hati ana, sekiranya enta mahu memarahi ana hatta memaki ana, ana sudah bersedia menerimanya'..
Suasana menjadi diam seketika.........Maya dan Yasir hanyut didalam resah Hamba kepada Pencipta
'Maya'.. lembut yasir menyebut nama Maya
'Yasir faham itu semua, sudah lama Yasir fikirkan akan hal ini,tapi Yasir kalah pada godaan duniawi.. Alhamdulillah, Allah kurniakan Maya untuk menyedarkan Yasir.. Yasir tidak mampu ungkapkan kata-kata lagi, sudah banyak dosa yang telah Yasir lakukan... Maya..... andai kita berjodoh, kita akan bertemu jua nanti, terima kasih atas segalanya
tut...........tut.............tut............tut........
'Allahu akbar', bibir Maya sempat mengucapkan kata-kata agung itu saat Yasir dengan tiba-tiba mematikan talian.
'Moga Allah memelihara dan menguatkan Imanmu Yasir, moga cinta kita terus bertasbih kepadaNya' Maya berdoa di dalam hati.
----------------------------------------------------------------------------------
3 bulan kemudian...
Kehidupan Maya berlalu seperti biasa, bersama kawan-kawan yang baru dikenalinya. Maya dikurniakan seorang sahabat yang sangat memahami akan keadaan dirinya.Saat suka dan duka dikongsi bersama bagaikan isi dengan kuku..
Suatu ketika, sedang Maya mengulangkaji pelajaran, Maya dikejutkan dengan satu mesej daripada seseorang yang pernah dikenalinya dahulu, seorang yang pernah disayangi dan menyayanginya. seseorang yang tidak asing lagi bagi Maya suatu ketika dahulu, seseorang yang pernah mengikat janji setia bersamanya, seseorang yang pernah bertahta di hati jahilnya dahulu.
'Astaghfirullah', maya memohon keampunan dari Allah.
'Apakah ini ujian dariMu ya Allah, hamba tunduk patuh akan perintahMu, taat akan agamaMu'..
Maya tidak mudah melatah dengan mesej berkenaan, Maya meletakkan telefon bimbitnya dan terus melulu ke bilik air untuk berwudu' bagi menenangkan hatinya.. Seketika bermujahadah, Maya mengambil keputusan memadam mesej yang dihantar oleh Yasir tanpa membacanya. Maya tahu, sekiranya dia membuka mesej berkenaan dan membacanya, mungkin hatinya kembali cair seperti dahulu saat pertama kali hatinya ditawan oleh Yasir. Kata-kata Yasir yang penuh kelakian dan kesopanan membuatkan hati Maya terpikat akan kehebatan pemilik diri bernama AbdullahYasir bin Muhammad.
Bukanlah hasrat Maya mahu bersangka buruk pada Yasir, tetapi Maya takut hati yang saban hari dia berusaha menyucikannya kembali dinodai.. Hati Maya kembali tenang akan sikapnya yang lebih berhati-hati menjaga hati.. Hati Maya juga berbisik adakah mesej yang dihantar Yasir adalah mesej berunsur hubungan yang serius yang diinginkan oleh Yasir suatu ketika dahulu, yakni berumah tangga..
'Ah, mungkin ini mainan syaitan, mahu membolak balik hatiku, aku percaya akan jodoh ketentuan Allah dan aku juga berpegang pada kata-kata Yasir, andainya ada jodoh pasti kami bertemu jua saat sampainya jodoh kami berumah tangga'.
'Aauzubillahi minassyaitani rajim, Ya Allah yang membolak balik hati manusia, teguhkanlah hatiku atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu' Maya berdoa agar ditetapkan keimanannya kepada yang Esa..
Yasir masih tidak berputus asa, saban hati berpuluh-puluh mesej dihantar oleh Yasir kepada Maya, dan satupun Maya tidak pernah membacanya. Sampai satu saat Yasir mula menelefon Maya.. Kegigihan Yasir hampa dek kerana Maya tidak pernah mengangkat tatkala dia menelefon Maya.. Yasir tetap cuba berhubung dengan Maya sehinggakan satu ketika Yasir sanggup menelefon ayah Maya bagi menanyakan perihal Maya yang sudah lama tidak berhubung..
Kisah Yasir dan Maya sudah masak bagi pak cik Azman, ayah Maya. Seorang yang berpewatakan lemah lembut pada semua orang, dan seorang yang menghomati orang lain. Dia mengetahui darah muda seperti Yasir tidak akan berhenti selagi apa yang dihajatinya tidak tercapai. Sikap pak cik Azman sebagai seorang yang tidak cepat melatah diwarisi anaknya Maya.
Pak cik Azman memberi syarat kepada Yasir, sekiranya dia mahu mengetahui mengenai Maya, maka berhubung dengan dia sahaja, beliau memberikan alasan bahawa Maya perlu menumpukan perhatian pada pembelajaran. Syarat tersebut diterima oleh Yasir. Tetapi setelah lama masa berlalu, hati Yasir mulai pudar pada Maya dan Yasir tidak lagi menghubungi pak cik Azman. Maya menganggap bahawa hubungan ataupun jodoh mereka mungkin hanya setakat itu sahaja.Maya meneruskan pembelajarannya seperti biasa...
Apakah yang terjadi kepada Maya sesudah itu?? ketahui sambungannya nanti, sabar ye....
bersambung.....