Ahad, 19 September 2010

Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.

by Ahmad Faizol Ismail on Sunday, September 19, 2010 at 12:09pm


Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.

Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:

Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan "kerana sibuk melayani Rasulullah saw" ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]

Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.

Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (‘ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakahharus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma'rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]

Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya.

Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan keranasakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swtdan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.

Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:

Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]

Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Aamin.

Petikan email : Prof Madya Dr. Basri Ibrahim (FKI, UniSZA)



Ahad, 29 Ogos 2010

Di Daerah ini












Di kampung permainan ini
seorang aku mencatat riwayat hidup
sebagai seorang siswi
juga serikandi

Di ketika ini
ku masih lagi mengemis
nilai-nilai khazanah ilmu
pusaka peninggalan bangsaku
agar tidak terkubur di jalanan
agar tidak terlayu di dahan

Harapanku
Bairlah iannya bersemadi
di lubuk hati para cendiakawan
danmenjadi wasiat zaman ke zaman

Kini ku masih lagi terpacak
di lembah ini
biarpun ada tanda-tanda yang ianya
kan kontang
kan kekeringan





Hendaknya kan muncullah
tangan-tangan kecil
dari celah-celah rekahan sendu
yang tidak bernada lagi

Menceduk timba-timba ilmu
menjirus kembali lembah itu
semoga kan hilang ketandusan
terbitlah tunas-tunas ketakwaan

Seorang aku cuba menimba
di daerah yang hampir ku tinggalkan ini
agar ketandusan tak bisa bertapak lagi
di daerah abadi lagi sejati....


@!z@#

Selasa, 24 Ogos 2010

Setitis tinta buat lelaki









Lelaki,
Semalam aku menemui seorang perempuan
ada air jernih melayari pipinya
seraut wajah bersalut kedukaan
dalam sendu bernada tangis dia melagukan rentetan hidupnya
katanya :

"Lagu hidupku bernada kecundang
tiada melodi indah yang bisa
ku jadikan pengubat hidup.Lantaran akau terlemas
dalam norma-norma kehidupan yang hodoh lalu ia
menjerumus ke alam kehinaan dan kekecewaan".

Dalam keharuan aku menghayati patah-patah bicaranya lantas ku berikan pengharapan kepadanya :

"Kejayaan dunia dan akhirat menagihkan pengorbanan
bukan sekadar harta dan air mata hatta dirimu sendiri
Perlu dikorbankan".










Lelaki
Kelmarin dulu aku puisikan bicara seorang wanita yang
hidupnya berendamkan air mata jua.segugus pengertian terpacul
dari bibir kekeringan :

"Manusia selagi tidak hidup dalam kepayahan maka
dialah Tuan,siapa-siapa yang tiada status dan kedudukan
HARAM disisinya.Namun ingat,kejayaan bukan selalunya
dalam genggaman.Biar aku dihina di dunia tapi di hadapan Tuhan
kitalah semuflis-muflisnya".

Kedutan wajah jelas menunjukkan jeritan batin.lalu
Ku letakkan sekeping wang kertas bernilai seringgit ke dalam tempurung botaknya.











Lelaki
suatu hari aku sedang bertamu bersama seorang isteri yang berhormat
bibirnya dimerahi lipstik dengan dandan rapi
menyusun kata bersulam bicara gembira :

"Aku dan suamiku selalu membantu si cacat dan
si miskin,kami sedihmelihat mereka yang malang
justeru itu ku merelai hartaku demi
kepentingan mereka"

Dia tersenyum bangga agaknya
lantas hatiku menghukum sendiri

"Sayang,engkau tidak mengorbankan dirimu sendiri
kau melalaikan kemewahan yang tuhan berikan
kau mengalpakan auratmu serta suamimu lalai
memesanmu"








Lelaki
Hari ini ku temui seorang lelaki tua
berjanggut putih duduk termenung
di pintu masjid.
Aku dan dia sering bercerita lalu
ku sematkan secebis nasihatnya :

"Wanita merupakan kembangan layar
kepada bahtera perjuangan suami,lantas
lelakilah yang perlu menakhodanya dan mengemudikan
sebaik mungkin,jua teguhkan bahteramu dengan
perisai keimanan sehingga betul-betul tiba
di perlabuhan yang dituju...


@!z@#

Rabu, 18 Ogos 2010

Bahaya cinta sebelum kahwin
















C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini… mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira


@!z@#

Rabu, 11 Ogos 2010

Mertua dan Menantu












Sorang bapa mentua mendapat satu idea untuk mengajar menantunya bernama Majid.Si Majid berbadan gempal,kuat makan dan mals bekerja.

Mertua : Majid mari kita main dam aji

Menantu : boleh gak (kata Majid yang baru selesai makan tengah ari)

Bila ja main bapa mertua sengaja membiarkan buah dam dimakan oleh Majid.Si bapa hulur Majid makan,hulur lagi makan lagi.

Mertua : eh ko ni Majid kuat betul makan,agak-agak la kerja malas. (sambil tersenyum)

Bapa mertua peril aku ni kata Majid di dalam hati,mentang-mentang aku kuat makan (telinganya merah)

Kemudia mereka bermain set kedua.Bapa mertua menghulurnya lagi tapi Majid tak makan.Buah dam Majid kena tangkap sebab tak makan.

Hik hik hik mesti majid terasa dengan aku baru padan muka”,getus hati bapa mertuanya geli hati…

Akibat banyak buah dam Majid ditangkap akhirnya bapa mertuanya Berjaya hingga ke haji.

“Yahooooo aku dah naik haji” jeritnya seronok.

Apa lagi Majid ambil peluang kenakan bapa mertuanya .

“eeh eeh orang tak pernah sembahyang pon boleh dapat haji ka” sindir Majid tersenyum sinis..

Moral: nilai diri sendiri dahulu sebelum menilai orang lain.

Ahad, 8 Ogos 2010

Ramadhan menjelma lagi













Sayup ku terasa angin ramadhan yang bakal menjelang,
Membuai tubuhku terasa nyamannya,
Termenung ku sendiri dengan penuh pengharapan,
Agar ramadhan ini akan berulang..

Ramadhan,
Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku menemuimu lagi,
Di kala ku mengharapkanmu..

Ramadhan,
Indahnya kedatanganmu,
Indahnya perancangan Rabbku,
Membuka pintu syurga,
dikuncinya pintu neraka.

Marhaban Ya Ramadhan,
Hari-hari ku menghitung,
Kapankah tiba saat ku,
Bersua dengan kemanisanmu,
Andai ku dapat bersua denganmu,
Takkan ku biarkan hariku berlalu,
Tanpa bersama Rabbku.



@!z@h

Sabtu, 7 Ogos 2010

Ukhuwah itu di hati

Riangnya saat kita tertawa
Asyik senda dan bercerita
Ada sesekali pandangan kita berbeza namun asalnya tetap serupa
Akhirnya kita tetap bersama..Amin..Sungguh indah ukhuwah yang diwujudkan oleh Allah kpd kami (sahabat-sahabat tercinta)..moga2 ianya kekal hingga hayat terakhir...Ya Allah satukan hati-hati kami dalam menjunjung agamamu dan meneruskan sunnah Rasulullah..Amin...................................................

Halaman

Umurku bertambah,Dekatlah kematian

Lilypie Kids Birthday tickers