Ahad, 31 Januari 2010

IMPIANku

Alhamdulillah, ucapan yang kekal abadi selamanya dan tidak akan berubah.Panjatkan kesyukuran kepada Allah yang memudahkan kehidupan aku pada hari ini.Kehidupan aku bertambah baik di bawah jagaan Allah.Aku bersyukur coz dipertemukan dengan kwn2 yg x pernah rasa jemu untuk mendidik n menasihati aku hari demi hari...............Disamping menjadi seorg yg bergelar mahasiswi aku banyak belajar dari keadaan sekelilig,kehidupan n gaya hidup serta latar belakang budak2 U dari pelbagai tempat dan agama.Suasana dekat U aku ni......emmmm,bagi pandangan aku,aku x berapa suka dengan persekitaran yg penuh dengan maksiat n dosa tapi aku anggap ini adalah suratan takdir IILAHI yg ingin menguji Hambanya......Aku bukanlah seorang yg Alim mahupun waruk tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk mencari keredoaan Allah...Aku berharap aku dapat menjadi seorang hamba,sahabat,kakak,adik,pelajar yg baik bagi kehidupan aku dan yg berada di sekeliling aku....Allah berfirman: di hari pembalasan Dia tidak akan mencari hambanya yg "perfect" tetapi Dia mencari hambanya yg berusaha sedaya upaya untuk menjadi yg terbaik kerana seperti yg kita sedia maklum manusia tidak "perfect" dari segala hal...Aku harap usah aku untuk menjadi MUJAHIDAH di jalan Allah akan berterusan kerana aku ingin mentarbiyyah diri aku sendiri dan sahabat di sekeliling aku...Sampai di sini sahaja coretan IMPIANku darim seorang haba yang Hina dina,fakir dan miskin disisi penciptanya.....

Ahad, 24 Januari 2010

bersyukur

# SATU PERJUANGAN

Syukur Pada Yang Esa
Rahmat PemberianNya
Persaudaraan, Keharmonian

Jalinkan Kasih Sayang
Hulurkanlah Bantuan
Kepada Yang Memerlukannya

Mari Kita Bina Satu Ummah Majujaya
Mula Diri, Keluarga, Sahabat
Masyarakat Dan Negara

Dengan Satu Perjuangan
Satu Arah Tujuan
Di Bawah Rahmat Yang Esa

Kita Melangkah Seiringan
Satu Perjuangan

Rintangan Pasti Melanda
Jangan Undur Walau Selangkah
Teruskan Perjuangan
Hingga Ke Akhirnya
Andai Kau Gugur
Andai Kau Syahid
Kau DiredhaiNya

Rabu, 20 Januari 2010

Hari-hari berlalu dengan bersyukur

Bagaimana dengan hari-hari anda berlalu?????..Adakah anda bersyukur dengan yang Maha Mencipta or anda hanya menjalani hari anda dengan mengikut jadual harian yang tiada penghujungnya...Ambil sedikit masa anda itu untuk memikir sejenak apa yang berlaku pada hari-hari anda..Adakah anda yang menetapkan sendiri kejadian yang berlaku pada anda hari ini??? Renungkanlah disebalik kejadian yang berlaku kepada anda hari ini adalah aturan dari yang Maha Mengetahui..Berapa kali anda ditimpa musibah hari ini dan apakah tindakan anda untuk menghadapi musibah tersebut????Kebanyakan daripada kita hanya mampu menyesali dengan apa yang berlaku dan menyalahkan pihak-pihak tertentu tetapi adakah kita pernah berfikir setiap kejadian yang berlaku kepada kita sudah ditetapkan oleh yang Maha Penyayang??Adakah hari-hari anda berlalu anda bersyukur dengan nikmat IMAN dan ISLAM yang dikurniakan????Bagi yang sempurna pancaindera adakah anda menggunakannya dengan sebaiknya or anda hanya menggunakannya tanpa memikirkan apa-apa???Kita yang sempurna perlu bersyukur dengan nikmat itu kerana masih ada orang yang diuji oleh Allah dengan kekurangan pancaindera dan bagi yang diuji oleh Allah itu kita bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada kita untuk menikmati nikmat yang dihidangkan dengan had dan batas yang sepatutnya...Gunalah nikmat dengan sepatutnya dan bersyukurlah dengan apa yang berlaku agar kita menjadi hamba Allah yang bersyukur dengan ketetapannya..Ya Allah kurniakanlah kepada kami Iman yang tidak pernah kufur Ya Allah...Amin

Halaman

Umurku bertambah,Dekatlah kematian

Lilypie Kids Birthday tickers