Rabu, 20 Januari 2010

Hari-hari berlalu dengan bersyukur

Bagaimana dengan hari-hari anda berlalu?????..Adakah anda bersyukur dengan yang Maha Mencipta or anda hanya menjalani hari anda dengan mengikut jadual harian yang tiada penghujungnya...Ambil sedikit masa anda itu untuk memikir sejenak apa yang berlaku pada hari-hari anda..Adakah anda yang menetapkan sendiri kejadian yang berlaku pada anda hari ini??? Renungkanlah disebalik kejadian yang berlaku kepada anda hari ini adalah aturan dari yang Maha Mengetahui..Berapa kali anda ditimpa musibah hari ini dan apakah tindakan anda untuk menghadapi musibah tersebut????Kebanyakan daripada kita hanya mampu menyesali dengan apa yang berlaku dan menyalahkan pihak-pihak tertentu tetapi adakah kita pernah berfikir setiap kejadian yang berlaku kepada kita sudah ditetapkan oleh yang Maha Penyayang??Adakah hari-hari anda berlalu anda bersyukur dengan nikmat IMAN dan ISLAM yang dikurniakan????Bagi yang sempurna pancaindera adakah anda menggunakannya dengan sebaiknya or anda hanya menggunakannya tanpa memikirkan apa-apa???Kita yang sempurna perlu bersyukur dengan nikmat itu kerana masih ada orang yang diuji oleh Allah dengan kekurangan pancaindera dan bagi yang diuji oleh Allah itu kita bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada kita untuk menikmati nikmat yang dihidangkan dengan had dan batas yang sepatutnya...Gunalah nikmat dengan sepatutnya dan bersyukurlah dengan apa yang berlaku agar kita menjadi hamba Allah yang bersyukur dengan ketetapannya..Ya Allah kurniakanlah kepada kami Iman yang tidak pernah kufur Ya Allah...Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman

Umurku bertambah,Dekatlah kematian

Lilypie Kids Birthday tickers