Ahad, 18 April 2010
Mak,abah restuilah anakmu
> Diriwayatkan daripada Aisyah,dia berkata: " Ada 2 org sahabat Rasulullah yg merupakan org yg sgt berbakti kpd ibunya dalam kalangan umat ini iaitu,Usman bin Affan & Haritsah bin Ut'sman.Usman bin Affan berkata: 'sejak aku masuk islam,aku tak kuasa membayangkan jasa-jasa ibuku.'
Haritsah selalu mengelus kepala ibunya,menyuapi ibunya dgn tangannya,& tak pernah meminta penjelasan kpd ibunya tentang apa yang dperintahkan kpd dirinya,hingga setelah ibunya meninggal,dia bertanya kpd org yg berdekatan ibunya,"Apa yg dikehendaki ibuku?" (Birrul Walidain,karya Ibnu al-Jauzi)
Menggendong Ibu belum cukup untuk membalas jasanya
Diriwayatkan daripada Zura’h bin Ibrahim,bahawa seorang lelaki dating kpd Umar kemudian berkata : “Sesungguhnya aku mempunyai seorang ibu yang sudah tua.Dia tidak dapat memenuhi keperluannya melainkan belakangku menjadi tuggangannya.Aku selalu menjadi petunjuk jalan baginya namun aku sering memalingkan mukakau daripadanya.Adakah aku telah memnunaikan haknya?” Dia menjawab : “tidak.”
Lelaki itu berkata : “Bukankah aku sudah menggengdongnya di atas belakangku dan mengekangkan keinginanku kerana dirinya?” Umar menjawab, “Dahulu Dia pun pernah melakukan itu kpdmu, dan dia mengharap kamu tetap bersamanya,sementara engkau mengharapkan dia berpisah drpmu.” (Birrul Waalidain, Ibn al-Jauzi)
Nabi Sulaiman & Kubah Permata Putih
Dikisahkan, nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit & bumi hingga tiba di satu samdera yang bergelombang besar.Bagi mencegah gelombang baginda meminta angin agar tenang & tenang pula samudera itu.Kemudia nabi Sulaiman menyruh jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya.
Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permat putih tanpa lubang.Kubah itu diangkatnya ke atas samudera & ditunjukkan kpd nabi Sulaiman.Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu,nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan.
“ Kubah apakah gerangan ini?” fikirnya.Dgn pertolingan Allah nabi sulaimna membuka penutup kubah.Bertapa terkejutnya dia melihat seorang pemuda di dalamnya.
“ Siapakah engkauini ? kelompok jin @ manusia?” Tanya nabi Sulaiman kehairanan.
“Aku manusia,” jawab pemuda itu perlahan
“ Bagaimankah engkau memperolehi kemuliaan seperti ini?” Tanya nabi Sulaiman lagi.
Diceritakan,Ibunya dulu sudah tua & tidak berdaya lagi.Dialah yang memapah ibunya ke mana jua ia pergi.Si anak selalu berbakti kpd orang tuanya,& ibunya selalu mendoakannya.Salah satu doanya itu ialah supaya anaknya diberi rezeki & perasaan puas hati.Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tiada di dunia & di langit.
“ Setelh ibuku meninggal dunia aku bersiar di tepi pantai.dalam perjalanan aku melihat sebuah kubah yang diperbuat dari permata.Aku mendekatinya & terbukalah pintu kubah ini sehingga aku masuk ke dalamnya,” kata pemuda itu kpd nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman sangat takjub dengan kehebatan pahala bagi orang yang berbuat baik kpd ibu.
Rabu, 14 April 2010
Wasiat Imam Syafie
>Berikut ialah kandungan wasiat tersebut "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:
>Iaitu: Mengurangkan tidur.menguranglkan makan,mengurangkan percakapan dan berpada2 dengan rezeki yang ada.
. Hak kpd Malaikat Maut
>Iaitu: mengqhadakan kewajipan2 yang tertinggal,mendapat kemaafan drp org yg kita zalimi,membuat persediaan untuk mati dan cinta kpd Allah.
. Hak kpd Kubur
>Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah,membuang tabiat kencing merata2,memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu or yg dizalimi.
. Hak kpd Mungkar Nakir
Iaitu: Tidak berdusta,berkata benar,meningggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Hak kpd Mizan
>Iaitu: Menahan kemarahan,banyak berzikir,menikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
. Hak kdp Sirat
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat,bersikap waruk,suka membantu org yg beriman dan suka berjemaah.
Hak kpd Malik
>Iaitu: Menangis lantaran takutkan Allah,berbuat baik kpd ibu bapa,bersedekah secara terang terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
< Hak kpd Ridwhan
>Iaitu: Berasa redha dengan qadha' Allah,bersabar menerima bala,bersyukur keatas nikmat Allah dan bertaubat drp melakukan maksiat.
Hak kpd Nabi Muhammad
>Iaitu: Berselawat ke atas baginda,berpegang dgn syariat,bergantung kpd As-sunnah,menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari redha Allah.
Hak kpd Allah
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan,mencegah manusia dari kemungkaran,menyukai ketaatan dan membenci maksiat.
>Dari Abdullah bin Amr r.a,Rasulullah bersabda, "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat...."
Ahad, 4 April 2010
$aHa8aT $3jAti
CuRaHaN RaSa HaTi
Duhai teman sejatiku…..
Buatmu, cebisan istimewa ini ku nukilkan
Tanda perahabatan berpintal iman
Lantaran tak dapat ku sembunyikan
Apa yang melingkar di hati
Kasihku padamu tidak terperi
Terhampar luas tidak bertepi
KaU PeNyElAmAt
Di saat gersang jiwaku
Kau sirami muhasabah
Di saat tandus amalku
Kau suburkan qudwah
Kau bajai quwwah
SuSaH PaYaH BeRsAmA
Tika air mataku berguguran
Kau turut kepiluan
Tika senyumku tak lekang
Kau ceria berpanjangan
Tika kesedihanku bertamu
Kau hiburkan semampumu
Tika lemah menyapa
Kau ingatkan janji-Nya
Tika kejayaanku tercipta
Kau doakan redha-Nya bersama
UkHuWaH DeMi CiNtA AgUngNyA
Duhai teman sejatiku…
Masihkah kau semadikan di minda??
Bahawa ukhuwah yang terjalin antara kita
Adalah cinta tulus bersulam takwa
Rangkaian jiwa sesama insan manusia
Menjadi lambang keagungan cinta
Terhadap Sang Khaliq Maha Pencipta
MeNtErI PeRjAnJiAn SeTiA
Berjanjilah teman
Ukhuwah kita yang terbina
Kerana cinta pada-Nya
Takkan terhalang
Oleh tembok minda manusia
Takkan hilang
Dek api yang menjulang
Takkan sirna dek kabus yang kelam
Tapi hanyakan musuh
Dek hati yang hitam
SaHaBaT AbAdI
Teruja aku pada kata-kata
Iman Al-Ghazali yang mulia
“Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuaan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya.”
Kuharap mekar dihati agar persahabatn suci ini kan terus mantap menjadi syafaat terukir indah di pintu Jannah!!
Jumaat, 2 April 2010
HiKmAh PeRcInTaAn
Tiada orang yang jatuh cinta dengan begitu sahaja.Tentu ada keistimewaan tersendiri pada seseorang sehingga dia dirindui oleh orang yang mencintainya.
Selepas mengetahui keistimewaannya, orang itu berusaha mengenal dengan lebih mendalam berkenaan ciri-cirinya,kebiasaanya,perilakunya,kegemarannya dan lain-lain.Oleh itu,terbinalah cinta yang teguh.
Cintakan Allah tentu tidak sama dengan cinta sesama manusia.Terasnya adalah sejauh mana kita mengenali Allah,apabila kita tidak kenal siapa Allah???? Bagaimana keagungannya,kesempurnaan & segala sifat-sifat kemuliannya???
Cinta Allah mula berputik apabila kita mengetahui & menghayati sifat-sifat kesempurnaannya...
Sama-samalah kita renungkan kemana kita sandarkan CINTA kita yang sebenarnya....
Moga-moga ana serta pembaca dapat muhasabah kembali diri agar cinta kita tidak disia-siakan kepada sesuatu yang lebih daripada Allah terutama sekali diri ana yang hina ini... :-(