Cinta kepada Allah terbit apabila kita sudah benar-benar mengenalinya.Samalah juga seperti orang yang sedang jatuh cinta....
Tiada orang yang jatuh cinta dengan begitu sahaja.Tentu ada keistimewaan tersendiri pada seseorang sehingga dia dirindui oleh orang yang mencintainya.
Selepas mengetahui keistimewaannya, orang itu berusaha mengenal dengan lebih mendalam berkenaan ciri-cirinya,kebiasaanya,perilakunya,kegemarannya dan lain-lain.Oleh itu,terbinalah cinta yang teguh.
Cintakan Allah tentu tidak sama dengan cinta sesama manusia.Terasnya adalah sejauh mana kita mengenali Allah,apabila kita tidak kenal siapa Allah???? Bagaimana keagungannya,kesempurnaan & segala sifat-sifat kemuliannya???
Cinta Allah mula berputik apabila kita mengetahui & menghayati sifat-sifat kesempurnaannya...
Sama-samalah kita renungkan kemana kita sandarkan CINTA kita yang sebenarnya....
Moga-moga ana serta pembaca dapat muhasabah kembali diri agar cinta kita tidak disia-siakan kepada sesuatu yang lebih daripada Allah terutama sekali diri ana yang hina ini... :-(
Jumaat, 2 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan