Rabu, 11 Ogos 2010

Mertua dan Menantu












Sorang bapa mentua mendapat satu idea untuk mengajar menantunya bernama Majid.Si Majid berbadan gempal,kuat makan dan mals bekerja.

Mertua : Majid mari kita main dam aji

Menantu : boleh gak (kata Majid yang baru selesai makan tengah ari)

Bila ja main bapa mertua sengaja membiarkan buah dam dimakan oleh Majid.Si bapa hulur Majid makan,hulur lagi makan lagi.

Mertua : eh ko ni Majid kuat betul makan,agak-agak la kerja malas. (sambil tersenyum)

Bapa mertua peril aku ni kata Majid di dalam hati,mentang-mentang aku kuat makan (telinganya merah)

Kemudia mereka bermain set kedua.Bapa mertua menghulurnya lagi tapi Majid tak makan.Buah dam Majid kena tangkap sebab tak makan.

Hik hik hik mesti majid terasa dengan aku baru padan muka”,getus hati bapa mertuanya geli hati…

Akibat banyak buah dam Majid ditangkap akhirnya bapa mertuanya Berjaya hingga ke haji.

“Yahooooo aku dah naik haji” jeritnya seronok.

Apa lagi Majid ambil peluang kenakan bapa mertuanya .

“eeh eeh orang tak pernah sembahyang pon boleh dapat haji ka” sindir Majid tersenyum sinis..

Moral: nilai diri sendiri dahulu sebelum menilai orang lain.

Ahad, 8 Ogos 2010

Ramadhan menjelma lagi













Sayup ku terasa angin ramadhan yang bakal menjelang,
Membuai tubuhku terasa nyamannya,
Termenung ku sendiri dengan penuh pengharapan,
Agar ramadhan ini akan berulang..

Ramadhan,
Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku menemuimu lagi,
Di kala ku mengharapkanmu..

Ramadhan,
Indahnya kedatanganmu,
Indahnya perancangan Rabbku,
Membuka pintu syurga,
dikuncinya pintu neraka.

Marhaban Ya Ramadhan,
Hari-hari ku menghitung,
Kapankah tiba saat ku,
Bersua dengan kemanisanmu,
Andai ku dapat bersua denganmu,
Takkan ku biarkan hariku berlalu,
Tanpa bersama Rabbku.



@!z@h

Sabtu, 7 Ogos 2010

Ukhuwah itu di hati

Riangnya saat kita tertawa
Asyik senda dan bercerita
Ada sesekali pandangan kita berbeza namun asalnya tetap serupa
Akhirnya kita tetap bersama..Amin..Sungguh indah ukhuwah yang diwujudkan oleh Allah kpd kami (sahabat-sahabat tercinta)..moga2 ianya kekal hingga hayat terakhir...Ya Allah satukan hati-hati kami dalam menjunjung agamamu dan meneruskan sunnah Rasulullah..Amin...................................................

Jumaat, 6 Ogos 2010

Buat yang megerti






Bonda

Dirahimmu berteduh seorang makhluk

menunggu seruan dari Khalik

menjenguk alam maya penuh kepalsuan

Sembilan purnama ia menjadi beban

pada sebuah penderitaan dan kesengsaraan

lalu senyap di subuh hening itu

tangisan bayi mengimbau rasa

jiwa nan gusar berganti bahagia

menatap bola mata

putih jernih belum mengerti

aneh ajaib menyaksi keliling

Tangisan bergema lagi

bagai menyuarakan kengganan

berlabuh di pengkalan asing

menggalas segunung beban

taat dan patuh sebagai hamba

memasrahkan diri pada Pencipta

bekalan di kemudian nanti

tika segalanya tiada erti

Isnin, 2 Ogos 2010

Kekasihku

Nama-Mu
kusebut
kuulang
damai kurasakan
kerinduaan yang mencengkam
tenang dalam harapan

Moga bibir ini
bisa dibasahi selalu
dengan nama-Mu
tiap detik
tiap ketika

Namun
ada ketika-ketikanya
aku alpa
aku lalai
mengemudi pelayaran ini
menuju destinasi
terumbang-ambing di lambung ombak
bahteraku hilang pedoman
sesat di lautan
diselubungi kegelapan

Akhirnya
Aku kembali insaf
kurenung
kuselami
erti sebuah pelayaran sepi ini
aku pasrah dalam kesyahduaan
sayu
pilu
menusuk kalbu

Maafkan diri ini
kutahu
aku insan tidak berdaya
hanya mampu mengharap
moga nama-Mu
tetap bersemadi di hati kecil ini
"Allah azza wajalla"

Khamis, 29 Julai 2010

Rintihan Salju

Sore itu menjengah lagi
mengintip hari-hari bersendirian
menganalisa hari-hari sepi
menggeletek lagi kisah semalam
kisah dulu kita
tapi aku tidak sanggup lagi
digigit rasa nostalgia
dihempas oleh kengan memulas

Beningnya embun dinihari
hebat lagi beningnya mutiara
jatuh untuk kesekian kalinya
lantaran memori itu
begitulah wanginya masa lalu
barangkalikah berulang lagi

Ah...melodi salju
menghantar lagi jiwaku makin terseksa
di lautan ini merintih

Relakanlah senja
dan restuilah wahai malam
luncurkanalah aku bersamasampan damaimu
layarkanlah aku dalam bahtera lenamu
jangan kau perangkap sepiku
jangan kau gelapilagi kamar dinginku
dilitupi dek kiambang2 kenangan
digegari dengan melodi salju masa silam

Duhai sinaran rembulan
jua kerlipan bebintang malam
serimu terpancar indah
namun sukar dikecap, biarlah
tapi jadikan dikau penghibur hatiku
buat jiwa merintih kini..

Wasiat As_Syahid Hassan Al_Banna

* Sahabtku bacalah,renugilah dan kemudiannya teruskan beramal dengannya


* Apbila saudara mendengar azan,maka hendaklah bangun dan bersembahyang serta-merta walaupun berada di dalam keadaan bagaimana sekalipun



* Bacalan Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara yang baik-baik ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali saudara membuang masa walaupun sedikit dalam perkara yang tidak berfaedah



* Berusaha sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul (kerana itu adalah satu-satunya syiar Islam)



* Janganlah banyak bertengkar di dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi apa jua kebaikan



* Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram



* Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara



* Janganlah saudar bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah satu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain



* Jauhilah daripada mengumpat orang lain,mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa yang boleh member kebajikan



* Berkenal-kenalan dengan setiap saudara ikhwan muslim yang saudra temji dengannya sekalipun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya kerana asas di dalam gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenal



* Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita oleh itu tolonhlah saudaramu sendiri tentangbagaimana cara-cara hendak menggunakan masa yang berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah perlaksanaanya.

Halaman

Umurku bertambah,Dekatlah kematian

Lilypie Kids Birthday tickers