Sahabtku bacalah,renugilah dan kemudiannya teruskan beramal dengannya
Apbila saudara mendengar azan,maka hendaklah bangun dan bersembahyang serta-merta walaupun berada di dalam keadaan bagaimana sekalipun
Bacalan Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara yang baik-baik ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali saudara membuang masa walaupun sedikit dalam perkara yang tidak berfaedah
Berusaha sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul (kerana itu adalah satu-satunya syiar Islam)
Janganlah banyak bertengkar di dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi apa jua kebaikan
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram
Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara
Janganlah saudar bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah satu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain
Jauhilah daripada mengumpat orang lain,mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa yang boleh member kebajikan
Berkenal-kenalan dengan setiap saudara ikhwan muslim yang saudra temji dengannya sekalipun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya kerana asas di dalam gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenal
Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita oleh itu tolonhlah saudaramu sendiri tentangbagaimana cara-cara hendak menggunakan masa yang berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah perlaksanaanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan