Khamis, 23 Disember 2010

Cinta itu indah

Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji...

Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka...

Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa...

Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji....

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih...

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu...

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian...

Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman...

Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan tuhan

Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan...

Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenagan...

* masakan wanita dan lelaki merasa nikmat dan gembira sedang sudah dijanji setiap ujian itu nyata peritnya dan masakan anugerah Allah terlalu tinggi andai ujianNya tak sehebat mana.*


Ummu yusra


Sabtu, 11 Disember 2010

Mengapa aku dilahirkan dalam keluarga ini?

Sedang asyik aku melayan blogger menulis posting baru, tiba-tiba aku tersentak dengan deringan dari telefon bimbitku.. ku buka dengan penuh minat untuk tahu siapa gerangan yang menggangguku.. Oh kawanku rupanya, semakin kubaca semakin pelik mesej yang dihantar dan akhirnya ku membuat kesimpulan daripada 5 pages mesej yang dihantar, sahabat aku sedih mengenagkan nasibnya yang dilahirkan didalam keluarga yang bukan islamic.. Ibu, abang-abang malah adik-adiknya yang kecil juga sudah tidak mahu menunaikan solat.. Yang hanya masih bertahan adalah ayahnya dan kakak-kakaknya (tu pun dia masih ragu-ragu) lalu dia meluahkan padaku, aku sedaya upaya menjernihkan kembali hatinya yang kesal dilahirkan di dalam keluarga yang sedemikian rupa..

Sahabatku,
usahlah bersedih diatas ketentuan Rabbmu, Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. sekiranya kau bersedih hati lupakah engkau akan keluarga nabi-nabi yang terdahulu..Mereka manjalankan dakwah kepada umat mereka tetapi keluarga sendiri yang kufur..marilah kita lihat kembali sejarah nabi lut yang mana anak dan isterinya sendiri kufur akan Allah yang didakwahkan olehnya. Apakah kamu masih rasa kamulah yang dilahirkan didalam keluarga yang tidak islamic..Tukarkan paradigmamu sesungguhnya masih ramai lagi hambanNya yang diuji malah lebih dahsyat dari ini. Ingatlah bahawa sekiranya kamu mengaku beriman kepada Allah kamu akan diuji, makin kuat imanmu makin kuat juga ujian yang akan menimpamu.

Sahabatku,
Aku tertarik pada lagu nasyid nyanyian kumpulan Raihan yang mendendangkan "iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa". cuba perhatikan kepada anak-anak yang dilahirkan didalam keluarga yang bertakwa keseluruhannya, mereka akan diuji dengan ujian yang lainnya yakni ayah dan ibu diuji dengan anak-anak yang beriman dan sampai kemana mereka mampu bertahan. Tidak layak untukku mengutuk keluarga yang beriman akan tetapi kumahu menegaskan bahawa bumi mana tidak ditimpa hujan.

Sahabatku,
Sekiranya kau bersedih hati, cuba muhasabah kembali siapa yang meletakkanmu didalam keluarga sebegini, tentulah Khalikmu.Apakah kamu lebih mengetahui apa yang terbaik bagi dirimu atau Khalikmu?? tepuk dada tanya iman..Anggaplah ini ujian untuk kau sentiasa bermuhasabah bagi menguatkan imanmu. Seketika kita perlu berfikir ada hikmah apa yang berlaku kepada keluargaku ini.. Redha dari hati yang ikhlas atas ketentun illahi itu penting agar diri kita sentiasa dibawa kepada ketaatan kepada Allah Rabbul Jalil.

Sahabatku,
Nah sahabatku rebutlah peluang ini untuk berdakwah kepada keluargamu agar mantap imanmu. sahabat mu yang lain yang tidak diuji begini mereka perlu keluar dari kepompong hidup mereka untuk berdakwah.. Tidak bagi dirimu yang ISTIMEWA yang dilahirkan di dalam keluarga ini. Mengenai jodohmu, tidak salah sekiranya engkau inginkan suami yang beriman,sekiranya dia beriman dia akan faham akan keistimewaanmu dan akan bersama-samamu dalam menghadapi ujian hidup yang memantapkan iman kamu berdua.

Sahabatku,
Aku fakir yang hanya mampu berkongsi apa yang aku terdaya. Mungkin sekiranya engkau meminta nasihat dari orang yang lebih arif dan lebih faham serta yang mengalami situasi yang sebenar mungkin kau akan lebih memahami apa ertinya hidupmu itu.. Nasihatku yang terakhir sebelum kalam dhoifku habis,sebelum tanganku kaku, sebelum otakku berhenti berfikir BERSANGKA BAIKLAH PADA TUHANMU (ALLAH RABBUL IZZATI)


Jumaat, 10 Disember 2010

Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu Dustakan?

Subhanallah walhamdulillah Allahuakhbar

Hatiku makin sayu tatkala tanganku perlahan-lahan menyelak helaian SURAT CINTAMU. Aku terpaut dan terpaku kepada satu suratMu yang bertajuk "Yang Maha Pengasih" (ar-Rahman) surah 55 juz 27 m/s 531 dalam tafsir Darul Iman.. Isi kandungannya amat menyentuh hati bagi sesiapa yang menghayatinya.

Penciptaan langit, bumi, pepohon, matahari, cakerawala dan segalanya diciptakan oleh yang Maha Esa. mengapa masih tegar lagi manusia menyembah selain dariNya.. Lalu Allah bertanya Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Kejadian manusia, jin dan yang lainnya, mengapa masih ada lagi manusia yang mengaku dia sebagai Tuhan?? Lalu Allah bertanya Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Allah mencipta sungai yang pada awalnya tidak bertemu sama sekali tetapi akhirnya bersatu. masih lagakkah kita menyombongkan diri dengan yang Maha Pengasih? Lalu Allah bertanya Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Allah tegaskan lagi bahawa semua yang baharu akan binasa kelak, tetapi masih sempat lagi kita berfoya-foya tanpa mengingati bahawa segalanya akan ditimbang kelak?? Lalu Allah bertanya Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Sekiranya kamu punya impian setinggi gunung untuk menembusi langit dan bumi, Allah persilakan kepada sesiapa yang mampu tetapi Allah Maha Mengetahui kemampuan hambanya. masih ada lagi manusia yang ego dengan lagak tersendiri( "semua ni atas usaha aku sendiri", kata si fulan) mana pertolongan Allah?? kenapa tak disebut sekali?? sedangkan lebih aula Penciptanya. Lalu Allah bertanya Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Isi kandungannya juga terdapat peringatan-peringatan Allah terhadap seksaan kepada yang melakukan kejahatan ( "Kepada kamu jin dan manusia akan dikirim nyala apidan cairan tembaga panas sehingga kamutidak dapat menyelamatkan diri"). Masih ada lagikah manusia yang berdusta dan berbuat dosa?? Lalu Allah bertanya: Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Syurga yang abadi dan yang menjadi rebutan para hambanya yang beriman juga disebutkan..Apa amalan kita untuk menuju jannahNya?? Lalu Allah bertanya Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Mahasuci nama Tuhanmu Pemilik Keagungan dan Kemuliaan (78)

p/s: lembutkanlah tangan , lancarkanlah bicara, gagahkanlah tubuh badan, terangkanlah mata, tajamkanlah pendengaran,, ringankanlah kepala untuk membuka surat cinta, membaca, menghayati, melihat dengan mata hati, mengambil iktibar dan mengingati. InsyaAllah moga-moga kita dibawah rahmatNya.Amin


nukilan
ummu yusra

Khamis, 9 Disember 2010

cuti sem..On plan

Setiap kali wujudnya cuti semester budak-budak u ni plan macam-macam nak buat, tapi buat tak??

Orang lain da plan, bagi penulis sendiri pon da plan..plan yang first (eh banyak plak hehe) hajat di hati nak sertai Kem Bina Sahsiah yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Jelapang Padi tapi tak kesampaian.. Exam mula 21/11 until 1/12, kem bina sahsiah mula 28/11 so rezeki da kat tempat lain..Kita merancang Allah juga buat perancangan dan sebaik-baik perancangan adalah dari yang Maha Esa..

Plan yang ke-2 pula adalah nak ambil kursus menjahit coz selalu p tempah baju kat orang nampak cam best ja depa buat baju so ingat nak try la buat gak..Masuk arini dah ari ke dua p kursus menjahit. Sebelum masuk tu dah rasa cam malas ja nak ambik tapi bulatkan tekad gak nak g ambik..So disebabkan x pandai bawak motor or kereta terpaksa la ajak sepupu p ambil kursus skali..(dia la driver hehe) Ingat senang, tapi firt2 nak potong kertas tu senang la(ada matematik sikit) tapi bila time kena naik mesin jenuh la jugak.

First2 kena jahit kertas dulu nak bagi kita cekap dengan mesin, try yang kali pertama tu mesin asyik gear R ja so kertas pon kebelakang balik la, puas gak kat atas mesin tu baru boleh sikit2.. Diiktirafkan kaki ni dah keras xmau lembut2 so susah nak conduct mesin.

Hari ke-2 k.Ros tukang ajar tu suruh bawak kain batik n then nak cuba ptong baju.. Alhamdulillah bahagian potong baju tu agak senang la,almaklumla baju first kita buat n ikot badan kita so semangat tu mau lebih la. Tapi yang frust tu bila time kena jahit kain batik guna mesin tu, agak kekok la. K.Ros kata cuba jahit kain batik dulu baru boleh nak buat baju sendiri takot senget nanti. Ehm masalah lagi la kalau nak berdepan dengan mesin ni, tapi buat-buat terror gak la. Jahit kain batik tu k.Ira (pekerja kedai tu) kata jangan bagi masuk longkang(bekas jahitan) tapi dengan tidak sengaja + sengaja sikit + tak reti sikit so paham-paham ja la terus masuk gaung la.

Erm x sabar nak tengok hasil baju yag dijahit sendiri, Ya Allah permudhkanlah urusanku.Amin

p/s: bukan nak gtau semua orang bahawa penulis ambil kursus menjahit tapi nak tanya semua yang tengah cuti ni, jadi x plan yang dirancang?? jangan hangat-hangat tahi ayam ja k. have a nice holiday,kullu am wa antum bikhoir fi ijazah..

nukilan
ummu yusra

Ahad, 5 Disember 2010

Fiqh Muamalat

Bismillahirrahmanirrahim

JUAL BELI

Bahasa : pertukaran sesuatu dengan sesuatu samada kedua-duanya dalam bentuk harta ataupun tidak.

Al-bai’ dan al-shira’ dalam bahasa arab boleh digunakan untuk jual dan jual beli.

Istilah Fuqaha’ : Akad yang merujuk kepada pertukaran sesuatau harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan yang kekal.Mestilah membabitkan sesuatu yang syara’ menilainya sebagai harta.Pemilikan dan penyerahan hak tanpa temoh yang tertentu.

Dalil dari al-Quran

Maksudnya : Padahal Allah telah mengahlalkan jual beli dan mengharamkan riba.

(Al-Baqarah : 275)

Dalil dari Sunnah(perbuatan)

Maksudnya : “bahawa nabi salallahualaihiwasallam suatu ketika membeli makanan daripada seorang yahudi dengan bayaran tertangguh (nasi’ah) dan baginda menggadaikan sebuah perisai besi kepadanya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rukun-rukun akad jual beli

1. Pihak yang melakukan akad

Syarat-syaratnya:-

o Waras (x sah bagi orang gila dan kanak-kanak)

o Bebas membuat pilihan ketika akad (dipaksa x sah)

o Penjual dan pembeli adalah pihak yang berlainan

Penjual : Mahukan harga tinggi dan syarat yang kurang

Pembeli : Mahukan harga yang rendah dan kualiti barang yang baik

o Boleh melihat (x sah bagi yang buta kerana wujud kejahilan yang ketara)

2. Sighah akad (lafaz yang keluar drpd kedua pihak yang berakad yang menggambarkan keredhaan kedua-dua pihak)

o Lafaz sarih (nyata) cth: Penjual>Saya jual kepada kamu baju ini dengan harga rm10. Pembeli >Saya beli baju ini dengan harga rm10

o Lafaz kiasan (kinayah) cth : Penjual> ambillah dengan harga rm10. Pembeli>saya ambil

ü Beli barang dengan hanya hulur-menghulur

Ø Terdapat banyak pendapat tetapi penulis mengambil pendapat ulama’-ulama’ mazhab mutakhir spt Iman al-Nawawi :Jika ianya menjadi suatu kebiasaan maka boleh kerana ingin mengelak masyarakat daripada terjebak dalam dosa dan aturan yang boleh membatalkan jual beli mereka.

Syarat-syaratnya :-

o Tidak terpisah antara waktu ijab dan qabul yang kebiasaannya menunjukkan kepada ketidakredhaan orang ynag menerima

o Lafaz qabul dan lafaz ijab selari dalam semua sudut(jenis, harga dll)

o Tidak terikat dengan sebarang syarat atau tempoh waktu yang tertentu.

3. Barang jualan dan harganya

o Barang jualan hendaklah wujud ketika akad dilakukan. Tidak harus menjual barang yang tidak wujud.

o Barangan mestilah harta yang bernilai menurut syara’

o Barangan mestilah yang bermanfaat menurut syara’ dan uruf (kebiasaan)

o Barangan hendaklah boleh diserahkan dari segi fizikaldan syara’.

o Sah jualan dan belian bagi pemilik harta tersebut kerana syara’ memberikan kepadanya kuasa keatas hartanya.

o Barangan tersebut mestilah diketahui oleh kedua pihak.



Fiqh Manhaji (Mazhab Syafie)

Halaman

Umurku bertambah,Dekatlah kematian

Lilypie Kids Birthday tickers