Sedang asyik aku melayan blogger menulis posting baru, tiba-tiba aku tersentak dengan deringan dari telefon bimbitku.. ku buka dengan penuh minat untuk tahu siapa gerangan yang menggangguku.. Oh kawanku rupanya, semakin kubaca semakin pelik mesej yang dihantar dan akhirnya ku membuat kesimpulan daripada 5 pages mesej yang dihantar, sahabat aku sedih mengenagkan nasibnya yang dilahirkan didalam keluarga yang bukan islamic.. Ibu, abang-abang malah adik-adiknya yang kecil juga sudah tidak mahu menunaikan solat.. Yang hanya masih bertahan adalah ayahnya dan kakak-kakaknya (tu pun dia masih ragu-ragu) lalu dia meluahkan padaku, aku sedaya upaya menjernihkan kembali hatinya yang kesal dilahirkan di dalam keluarga yang sedemikian rupa..
Sahabatku,
usahlah bersedih diatas ketentuan Rabbmu, Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. sekiranya kau bersedih hati lupakah engkau akan keluarga nabi-nabi yang terdahulu..Mereka manjalankan dakwah kepada umat mereka tetapi keluarga sendiri yang kufur..marilah kita lihat kembali sejarah nabi lut yang mana anak dan isterinya sendiri kufur akan Allah yang didakwahkan olehnya. Apakah kamu masih rasa kamulah yang dilahirkan didalam keluarga yang tidak islamic..Tukarkan paradigmamu sesungguhnya masih ramai lagi hambanNya yang diuji malah lebih dahsyat dari ini. Ingatlah bahawa sekiranya kamu mengaku beriman kepada Allah kamu akan diuji, makin kuat imanmu makin kuat juga ujian yang akan menimpamu.
Sahabatku,
Aku tertarik pada lagu nasyid nyanyian kumpulan Raihan yang mendendangkan "iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa". cuba perhatikan kepada anak-anak yang dilahirkan didalam keluarga yang bertakwa keseluruhannya, mereka akan diuji dengan ujian yang lainnya yakni ayah dan ibu diuji dengan anak-anak yang beriman dan sampai kemana mereka mampu bertahan. Tidak layak untukku mengutuk keluarga yang beriman akan tetapi kumahu menegaskan bahawa bumi mana tidak ditimpa hujan.
Sahabatku,
Sekiranya kau bersedih hati, cuba muhasabah kembali siapa yang meletakkanmu didalam keluarga sebegini, tentulah Khalikmu.Apakah kamu lebih mengetahui apa yang terbaik bagi dirimu atau Khalikmu?? tepuk dada tanya iman..Anggaplah ini ujian untuk kau sentiasa bermuhasabah bagi menguatkan imanmu. Seketika kita perlu berfikir ada hikmah apa yang berlaku kepada keluargaku ini.. Redha dari hati yang ikhlas atas ketentun illahi itu penting agar diri kita sentiasa dibawa kepada ketaatan kepada Allah Rabbul Jalil.
Sahabatku,
Nah sahabatku rebutlah peluang ini untuk berdakwah kepada keluargamu agar mantap imanmu. sahabat mu yang lain yang tidak diuji begini mereka perlu keluar dari kepompong hidup mereka untuk berdakwah.. Tidak bagi dirimu yang ISTIMEWA yang dilahirkan di dalam keluarga ini. Mengenai jodohmu, tidak salah sekiranya engkau inginkan suami yang beriman,sekiranya dia beriman dia akan faham akan keistimewaanmu dan akan bersama-samamu dalam menghadapi ujian hidup yang memantapkan iman kamu berdua.
Sahabatku,
Aku fakir yang hanya mampu berkongsi apa yang aku terdaya. Mungkin sekiranya engkau meminta nasihat dari orang yang lebih arif dan lebih faham serta yang mengalami situasi yang sebenar mungkin kau akan lebih memahami apa ertinya hidupmu itu.. Nasihatku yang terakhir sebelum kalam dhoifku habis,sebelum tanganku kaku, sebelum otakku berhenti berfikir BERSANGKA BAIKLAH PADA TUHANMU (ALLAH RABBUL IZZATI)
Sabtu, 11 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan