Khamis, 29 Julai 2010

Rintihan Salju

Sore itu menjengah lagi
mengintip hari-hari bersendirian
menganalisa hari-hari sepi
menggeletek lagi kisah semalam
kisah dulu kita
tapi aku tidak sanggup lagi
digigit rasa nostalgia
dihempas oleh kengan memulas

Beningnya embun dinihari
hebat lagi beningnya mutiara
jatuh untuk kesekian kalinya
lantaran memori itu
begitulah wanginya masa lalu
barangkalikah berulang lagi

Ah...melodi salju
menghantar lagi jiwaku makin terseksa
di lautan ini merintih

Relakanlah senja
dan restuilah wahai malam
luncurkanalah aku bersamasampan damaimu
layarkanlah aku dalam bahtera lenamu
jangan kau perangkap sepiku
jangan kau gelapilagi kamar dinginku
dilitupi dek kiambang2 kenangan
digegari dengan melodi salju masa silam

Duhai sinaran rembulan
jua kerlipan bebintang malam
serimu terpancar indah
namun sukar dikecap, biarlah
tapi jadikan dikau penghibur hatiku
buat jiwa merintih kini..

Wasiat As_Syahid Hassan Al_Banna

* Sahabtku bacalah,renugilah dan kemudiannya teruskan beramal dengannya


* Apbila saudara mendengar azan,maka hendaklah bangun dan bersembahyang serta-merta walaupun berada di dalam keadaan bagaimana sekalipun



* Bacalan Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara yang baik-baik ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali saudara membuang masa walaupun sedikit dalam perkara yang tidak berfaedah



* Berusaha sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul (kerana itu adalah satu-satunya syiar Islam)



* Janganlah banyak bertengkar di dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi apa jua kebaikan



* Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram



* Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara



* Janganlah saudar bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah satu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain



* Jauhilah daripada mengumpat orang lain,mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa yang boleh member kebajikan



* Berkenal-kenalan dengan setiap saudara ikhwan muslim yang saudra temji dengannya sekalipun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya kerana asas di dalam gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenal



* Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita oleh itu tolonhlah saudaramu sendiri tentangbagaimana cara-cara hendak menggunakan masa yang berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah perlaksanaanya.

Isnin, 26 Julai 2010

Pesanan Al-Qamah

· Jika engkau berbuat bakti keapdanya,ia akan melindungimu

· Jika engkau rapatkn persahabatan dengannnya,ia akan membalas baik persahabatanmu

· Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya,ia akan membantumu

· Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,ia akan menerimanya dengan baik

· Jika ia mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan daripadamu,ia akan menghargai dan menyebutnya

· Jika ia melihat sesuatu yang tidk baik daripadamu,maka ia akan menutupkannya

· Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,ia akan mengusahakannya

· Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta) ia akan menanyakan kesusahanmu

· Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu

· Jika engkau berkata kepadanya,nescaya ia akan membenarkanmu

· Jika engkau merancang sesuatu nescaya ia akan membantumu

· Jika kamu berdua berselisihan faham,nescaya ia lebih senang mengalah untukmenjaga kepentingan persahabatan.

Renungan

· Pokok kehidupan ialah mencari apa yang halal

· Pokok perjuangan ialah hapuskan cita-cita hendak lari daripada perjuangan

· Pokok kesihatan badan ialah meringankan bebanan makanan,minuman dan lebih-lebih lagi nafsu

· Pokok agama ialah keimanan yang betul,menjauhi dosa-dosa besar dan menunaikan yang fardu

Ahad, 18 Julai 2010

UNiSZA

Sekarang bermulalah kehidupan aku di UNiSZA bagi semester ke-3, aku dapat ramai adik2 baru masuk nak tergelak gak tengok gelagat diaorang mcm aku waktu sem 1 dulu..terkejar-kejar cari kat mana bilik kuliah kat mana asrama mcm rusa masuk kampung la aku waktu 2 tapi ana terkejar-kejar cari toilet ja coz tut….tut…he.Jauh 2 perjalanan aku dari Kedah mana mungkin bisa tahan, aku x suka nak turun2 kereta ni kalau jalan jauh 2 lbh rela tunggu sampai ke tempat yg nak di tuju dulu...

aku dapat ramai adik2 so aku ingat dari awal ni aku nak ajak diaorang sama2 ngan aku tuk amar makruf nahi mungkar wa tukminuna biLLah wa yaumilakhir,2 pesanan ustz Nik Mursyidah kalau aku berjumpa ngan dia kat surau Tariq(anak menakan(anak buah) Tok Guru 2)..First 2 aku xtau pon 2 anak menakan Tok Guru tapi kawan2 aku yg bagitau ustz tetap gak rahsiakan identiti dia sampai la kami tengok sendiri gambar kahwin dia,Tok Guru yg jadi Tok kadi…Ustz Nik @ panggilan lagi manja mama @ k.Syidah selalu memberikan dorongan kpd aku dan kawan2 sewaktu sem 2,walaupun aku bukan anak murid dia tapi sama ja dia layan.First aku jumpa dia waktu solat subuh kat suaru Tariq, aku ingat dia kakak senior coz muka dia nampak muda giler..Lepas baca mathurat xda orang yg offer diri tuk baca doa, aku x baca coz slalunya kawan aku yg baca tapi tiba2 ja pagi 2 dia xmau baca,so aku pon apa lagi ambik inisiatif aku sendiri dgan angkat kening kat ustz yg aku ingat akak senior 2 sbgai isyarat tuk baca doa,so dia pon on ja nak baca doa.Lepas hbis baca doa 2 sesi salam la, aku dengar kawan aku ckap “eh x perasan kata ustazah tadi” aku pon apa lagi kecut perut la tapi aku cover ar buat muka comel ckit aku salam pastu senyum kat dia.Bermula dari situ aku selalu nampak ustz,so hubungan kami pon semakin rapat sampai satu hari 2 ustz buat jamuaan kat anak murid dia kos usuluddin tapi dia ajak aku,terharu gak tapi buat slumber ar aku sorang sayriah dalam 2..hehe..2 la kisah aku dengan mama.. J

aku akan sedaya upaya untuk bantu & jaga adik2 yg baru mengenal kehidupan di u yg terlalu bebas untuk buat keputusan tanpa bimbingan.Walaupun aku xda adik… aku xmau tengok adik2 seperjuangan aku jatuh kedalam lembah yg tidak sepatutnya.aku fikir sapa lagi yg ingin membantu diaorang saat xda WARIS kat sisi..hehe. aku xmau diaorang jadi macam saudara seperjuangan base aku. aku rasa kesal & aku berserah kpd Allah untuk membantu aku dalam menghadapi karenah saudara2 seperjuangan aku. aku tak salahkan diaorang tapi aku rasa bertanggugjawab untuk membantu diaorang. aku harap aku dapat menjaga saudara2 baru aku agar mereka meniti di atas landasan yg betul tapi kita hanya merncang,yg menentukan adalah yg berhak sahaja..Wassalam

yang benar,

@!z@#

Memori Sahabat


Salam…
Kepada pengunjung blog aku yg dihormati,kat sini aku nak cakap sikit tentang sahabat..
Sahabat???? Apa 2???
Mestilah orang yg dekat dengan kita,memahami,kongsi suka & duka & banyak lagi ar…Tapi kita kadang2 tersalah pilih kawan & kadang2 kita terbetul pilih kawan tapi kita ego tuk menerima kawan yg baik..Ini merupakan pengalaman bagi kita untuk betul2 mengenali siapa kawan & siapa lawan..
aku nak mulakan dengan pengalaman aku tentang persahabatan aku dengan seorang kawan aku nie..Kisah ni mula waktu sek menengah coz sek rendah banyak main ja so x sempat nak fikir apa erti sahabat 2..hehe..Waktu sek men aku anti sahabat karib sehinggakan aku benci tengok orang yang bersahabat karib coz bagi aku kenapa nak kongsikan kasih sayang antara sahabat,lagi yang membuatkan aku anti sahabat karib ni coz kadang2 aku tengok ada yang gaduh,nangis tapi waktu 2 aku tak fikir tulah asam garam dalam bersahabat..
Kisah aku bermula apabila aku rapat dengan seorang hamba Allah ni, aku gelarkan dia si A..A ni baik sangat ngan aku tapi aku xbleh nak terima coz aku xmau jadi macam orang lain ada kawan tapi terseksa.. aku suka berkawan dengan ramai kawan tapi kawan ja bukan kawan karib. aku mula berkawan ngan si A dalam form 3 @ 4 x silap aku area 2 ar. aku suka sakitkan hati si A sehingga si A sering bersedih dengan aku tapi aku buat x kisah aku ‘bela’ gak ego aku 2 sehingga sampai satu tahap aku x endahkan langsung si A.. aku jadi ego 2 sebab kawan2 aku tau aku ni anti sahabat karib so depa ejek aku dengan si A ni so aku apa lagi makin tinggi la ego aku.
aku bersikap macam 2 sampailah kami tamat spm.Tapi si A xpernah berubah sikap dengan aku,si A sentiasa bagi dorongan kat aku dalam apa saja aku buat tapi aku tetap ego..Lepas habis 2 aku dapat panggilan darpada PLKN so aku p sana 3 bulan.Si A sambung pengajian dia ambil STAM kat sek yang berdekatan.Lepas keluar dari PLKN aku dapat tawaran sambung belajar kat UDM,so waktu 2 aku sibuk la dengan persiapan nak masuk U..Dalam aku tengah subuk 2 si A sempat lagi menghantar mesej ucapan tahiah dan beberapa peringatan sewaktu di tempat orang.Si A banyak bagi sokongan kat aku..
Dah seminggu aku masuk U aku terdengar khabar si A nak ke luar Negara,tiba2 perasaan aku waktu 2 x dapat nak di gambarkan, Allah telah campakkan perasaaan kasih sayang aku kpd si A..Makin lama makin kuat perasaan ni sehingga aku rasa sudah kehilangan seorang yang selalu memberi semangat kpd aku..Alhamdulillah aku sempt berjumpa dengan si A sebelum dia bertolak.. aku rasa 2 la hari yang paling bahagia bagi aku.. aku akan sedaya upaya untuk ikat kembali tali persahabatan kami berdua & aku akan jaga hati si A agar dia x terseksa lagi.INSYAALLAH…Sekarang aku dapat rasakan apa itu dinamakan sahabat karib..Ya Allah kau jagalah perhubungan kami ini hingga ke anak cucu kami Ya Allah,Kau peliharalah sahabatku itu walau di mana jua dia berada…Kau habiskanlah hidupnya dengan husnul khatimah Ya Allah..Amin Ya Rabbal Alamin..
Maafkan segala silap & salah aku selama kita bersahabat………. 

Yang benar,
@!z@#

Halaman

Umurku bertambah,Dekatlah kematian

Lilypie Kids Birthday tickers