Ahad, 18 Julai 2010
Memori Sahabat
Salam…
Kepada pengunjung blog aku yg dihormati,kat sini aku nak cakap sikit tentang sahabat..
Sahabat???? Apa 2???
Mestilah orang yg dekat dengan kita,memahami,kongsi suka & duka & banyak lagi ar…Tapi kita kadang2 tersalah pilih kawan & kadang2 kita terbetul pilih kawan tapi kita ego tuk menerima kawan yg baik..Ini merupakan pengalaman bagi kita untuk betul2 mengenali siapa kawan & siapa lawan..
aku nak mulakan dengan pengalaman aku tentang persahabatan aku dengan seorang kawan aku nie..Kisah ni mula waktu sek menengah coz sek rendah banyak main ja so x sempat nak fikir apa erti sahabat 2..hehe..Waktu sek men aku anti sahabat karib sehinggakan aku benci tengok orang yang bersahabat karib coz bagi aku kenapa nak kongsikan kasih sayang antara sahabat,lagi yang membuatkan aku anti sahabat karib ni coz kadang2 aku tengok ada yang gaduh,nangis tapi waktu 2 aku tak fikir tulah asam garam dalam bersahabat..
Kisah aku bermula apabila aku rapat dengan seorang hamba Allah ni, aku gelarkan dia si A..A ni baik sangat ngan aku tapi aku xbleh nak terima coz aku xmau jadi macam orang lain ada kawan tapi terseksa.. aku suka berkawan dengan ramai kawan tapi kawan ja bukan kawan karib. aku mula berkawan ngan si A dalam form 3 @ 4 x silap aku area 2 ar. aku suka sakitkan hati si A sehingga si A sering bersedih dengan aku tapi aku buat x kisah aku ‘bela’ gak ego aku 2 sehingga sampai satu tahap aku x endahkan langsung si A.. aku jadi ego 2 sebab kawan2 aku tau aku ni anti sahabat karib so depa ejek aku dengan si A ni so aku apa lagi makin tinggi la ego aku.
aku bersikap macam 2 sampailah kami tamat spm.Tapi si A xpernah berubah sikap dengan aku,si A sentiasa bagi dorongan kat aku dalam apa saja aku buat tapi aku tetap ego..Lepas habis 2 aku dapat panggilan darpada PLKN so aku p sana 3 bulan.Si A sambung pengajian dia ambil STAM kat sek yang berdekatan.Lepas keluar dari PLKN aku dapat tawaran sambung belajar kat UDM,so waktu 2 aku sibuk la dengan persiapan nak masuk U..Dalam aku tengah subuk 2 si A sempat lagi menghantar mesej ucapan tahiah dan beberapa peringatan sewaktu di tempat orang.Si A banyak bagi sokongan kat aku..
Dah seminggu aku masuk U aku terdengar khabar si A nak ke luar Negara,tiba2 perasaan aku waktu 2 x dapat nak di gambarkan, Allah telah campakkan perasaaan kasih sayang aku kpd si A..Makin lama makin kuat perasaan ni sehingga aku rasa sudah kehilangan seorang yang selalu memberi semangat kpd aku..Alhamdulillah aku sempt berjumpa dengan si A sebelum dia bertolak.. aku rasa 2 la hari yang paling bahagia bagi aku.. aku akan sedaya upaya untuk ikat kembali tali persahabatan kami berdua & aku akan jaga hati si A agar dia x terseksa lagi.INSYAALLAH…Sekarang aku dapat rasakan apa itu dinamakan sahabat karib..Ya Allah kau jagalah perhubungan kami ini hingga ke anak cucu kami Ya Allah,Kau peliharalah sahabatku itu walau di mana jua dia berada…Kau habiskanlah hidupnya dengan husnul khatimah Ya Allah..Amin Ya Rabbal Alamin..
Maafkan segala silap & salah aku selama kita bersahabat……….
Yang benar,
@!z@#
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan