Ahad, 14 November 2010

Peringatan buat diri dan Insan yang bergelar wanita

9 Zulhijjah 1431H.
Oleh:Ust Nor Amin


Bulu Kening

Menurut Bukhari bahawa :
"Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)


Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur : 31)

Keterangan :

Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.


Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)



Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” (An-Nur : ayat 31)



Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya." (Riwayat At-Thabrani)

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Muka dan Tangan

"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah : Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)



Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)



Mata

"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." (An Nur : 31)

Sabda Nabi saw :

" Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)



Mulut (suara)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32)

Sabda Rasullullah saw :

"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik)dan penyanyi perempuan,maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah)



Kemaluan

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka." (An Nur : ayat 31)

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar)

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)



Pakaian

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud,An Nasaii dan Ibn Majah)

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangan :

Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." (Al Ahzab :ayat 59)



Rambut

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jumaat, 12 November 2010

Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat


Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA berkata :Rasulullah bersabda, "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai satu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada satu malam sahaja, maka ( pada esok harinya) tidak tinggal di permukaan bumi daripadanya walaupun hanya satu ayat. Maka, yang tinggal hanya beberapa kelompok manusia,diantaranya orang tua,lelaki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, 'Kami hanya sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimah "la iliha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga. Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah) 'Apa yang dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk dan sedekah?' Maka Huzaifah memalingkan mukanya daripada Shilah. Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu 3 kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka." (Huzaifah memperkatakan perkataan itu 3 kali)

Hadis riwayat Ibnu Majah

Isnin, 8 November 2010

Ku merenung diri ini

Tundukku malu didepanmu
Kerna ku insan berdosa
Ku adukan sesalanku
Apakah Kau kan terima


Kesunyian ini sedarkan diri ku yang hina
Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMU
Terpaut aku tak berpaling


Ku bersyukur hanya padaMu tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga


Suburkan cahaya menyinari langkahku
Semaikan segala hiasan indah cintaMu

Ku bersyukur hanya padaMu tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga


Ku mohon kau tenangkan gusar hati ku yang rawan
Bimbang kau singkirkan taubatku
Ku rayu kau hulurkan keampunanMu kepadaku
Kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya Kau seru hujung nyawaku

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
Kau tunjukkan laluanku pulang
Dan cintamu bagai air ditandus sahara yang melepaskan dahaga

tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

Khamis, 4 November 2010

Sungai dalam laut

Subhanallah...
Kuasa Allah itu meluas,
Alhamdulillah....
Aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk melihat keajaiban dan tanda-tanda kekuasaanNya...

Hatiku tertunduk hina pada sang pencipta
Aku malu
Aku resah
Aku kesal
Aku hiba
Apa amalan aku selama menjadi hamba Allah???
Apabila dinasihat,
ku pekakkan telinga
Apabila ditegur,
ku melenting

Alhamdulillah
Aku punya pencipta yang Maha pengampun dan Maha penyayang
Sewaktu ku terdengar kisah sungai di dalam laut
ku terfikir betul ka??
Tetapi apabila aku mengingat kembali kepada penciptaku yag Maha kuasa ku terus mencari kebenarannya lalu ku temui di dalam ayat-ayat cintaNya

al-Furqan 25:53

"Dan Dialah membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak tembus."

ummu yusra
http://keranacinta.wordpress.com/2010/01/29-sungai -dalam-laut-subhanallah/

Rabu, 3 November 2010

Doa pendekat jodoh



Satu ikhtiar untuk mendoakan seseorang yang belum dapat jodoh.kombinasi doa-doa berikut boleh di baca.


1. Surah Al-Fatihah

2. Doa mendapat jodoh berikut :



Ya Allah, jadikanlah dia(aku) (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah dia(aku) (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya..Amin Ya Rabbal Alamin


Moga-moga Allah hadirkan kepada kita jodoh penyejuk mata,penenang dikala lara,mengingat dikala terleka,menasihati dikala terlanjur,memahami dikala kecewa..



ummu yusra

Adab dengan GURU

Menurut Saidina Ali Radiallahuanhu "Walau satu kalimah mengajar kamu maka dia adalah guru dan tunaikan haknya"

> menghormati dan mengasihi guru seperti hormat dan kasih kepada ibu bapa

> menziarahi dan meneruskan silaturrahim yang berterusan

> jangan beburuk sangka, berbalah, berdalih dan berbohong

> memohon doa untuk guru selepas solat

> merendahkan suara apabila bercakap

* saban hari kulihat anak-anak remaja makin biadab terhadap guru-guru mereka, adakalanya diejek, dihina dipermainkan dan sebagainya..Moga-moga sahabat semua dan termasuk penulis mendapat hidayah dari Allah agar menghormati guru.Ya Allah siramilah hati kami yang tandus ini dengan air kerahmatanMu..

Hayatilah lirik ini........

Jasa guru
album : Alif Ba Ta
munsyid : Aeman
Jasa guruku tak terhingga
Aku tidak melupakannya
Banyakku dapat ilmu dari padanya
jasanya ku kenang sampai bila-bila
Guruku mengenalku pada tuhanku
Rasuldan wali juga diberitakan
Para malaikat dan juga akhirat
Segala suratan Allah yang tentukan
Guruku mengajar berakhlak mulia
Berkasih sayang sesama manusia
Bertolong bantu dan juga bersatu
berkorban berkhidmat menabur jasa
Guruku menanamkan cinta akhirat
Menyedarkan aku dunia sementara
Jangan lalai jangan terpesona
Bertakwa sebagai bekalan ke sana
Aku berdoa kepada tuhanku
Agar dosa guruku diampunkan
Jasanya padaku diberi pahala
Di akhirat darjat guruku ditinggikan.
Wallahu A'lam

Halaman

Umurku bertambah,Dekatlah kematian

Lilypie Kids Birthday tickers