Isnin, 8 November 2010

Ku merenung diri ini

Tundukku malu didepanmu
Kerna ku insan berdosa
Ku adukan sesalanku
Apakah Kau kan terima


Kesunyian ini sedarkan diri ku yang hina
Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMU
Terpaut aku tak berpaling


Ku bersyukur hanya padaMu tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga


Suburkan cahaya menyinari langkahku
Semaikan segala hiasan indah cintaMu

Ku bersyukur hanya padaMu tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga


Ku mohon kau tenangkan gusar hati ku yang rawan
Bimbang kau singkirkan taubatku
Ku rayu kau hulurkan keampunanMu kepadaku
Kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya Kau seru hujung nyawaku

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
Kau tunjukkan laluanku pulang
Dan cintamu bagai air ditandus sahara yang melepaskan dahaga

tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman

Umurku bertambah,Dekatlah kematian

Lilypie Kids Birthday tickers