Rabu, 3 November 2010

Adab dengan GURU

Menurut Saidina Ali Radiallahuanhu "Walau satu kalimah mengajar kamu maka dia adalah guru dan tunaikan haknya"

> menghormati dan mengasihi guru seperti hormat dan kasih kepada ibu bapa

> menziarahi dan meneruskan silaturrahim yang berterusan

> jangan beburuk sangka, berbalah, berdalih dan berbohong

> memohon doa untuk guru selepas solat

> merendahkan suara apabila bercakap

* saban hari kulihat anak-anak remaja makin biadab terhadap guru-guru mereka, adakalanya diejek, dihina dipermainkan dan sebagainya..Moga-moga sahabat semua dan termasuk penulis mendapat hidayah dari Allah agar menghormati guru.Ya Allah siramilah hati kami yang tandus ini dengan air kerahmatanMu..

Hayatilah lirik ini........

Jasa guru
album : Alif Ba Ta
munsyid : Aeman
Jasa guruku tak terhingga
Aku tidak melupakannya
Banyakku dapat ilmu dari padanya
jasanya ku kenang sampai bila-bila
Guruku mengenalku pada tuhanku
Rasuldan wali juga diberitakan
Para malaikat dan juga akhirat
Segala suratan Allah yang tentukan
Guruku mengajar berakhlak mulia
Berkasih sayang sesama manusia
Bertolong bantu dan juga bersatu
berkorban berkhidmat menabur jasa
Guruku menanamkan cinta akhirat
Menyedarkan aku dunia sementara
Jangan lalai jangan terpesona
Bertakwa sebagai bekalan ke sana
Aku berdoa kepada tuhanku
Agar dosa guruku diampunkan
Jasanya padaku diberi pahala
Di akhirat darjat guruku ditinggikan.
Wallahu A'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman

Umurku bertambah,Dekatlah kematian

Lilypie Kids Birthday tickers