Jumaat, 2 April 2010
HiKmAh PeRcInTaAn
Tiada orang yang jatuh cinta dengan begitu sahaja.Tentu ada keistimewaan tersendiri pada seseorang sehingga dia dirindui oleh orang yang mencintainya.
Selepas mengetahui keistimewaannya, orang itu berusaha mengenal dengan lebih mendalam berkenaan ciri-cirinya,kebiasaanya,perilakunya,kegemarannya dan lain-lain.Oleh itu,terbinalah cinta yang teguh.
Cintakan Allah tentu tidak sama dengan cinta sesama manusia.Terasnya adalah sejauh mana kita mengenali Allah,apabila kita tidak kenal siapa Allah???? Bagaimana keagungannya,kesempurnaan & segala sifat-sifat kemuliannya???
Cinta Allah mula berputik apabila kita mengetahui & menghayati sifat-sifat kesempurnaannya...
Sama-samalah kita renungkan kemana kita sandarkan CINTA kita yang sebenarnya....
Moga-moga ana serta pembaca dapat muhasabah kembali diri agar cinta kita tidak disia-siakan kepada sesuatu yang lebih daripada Allah terutama sekali diri ana yang hina ini... :-(
Sabtu, 20 Mac 2010
sOaL hAtI
1. Akidah yang batil & iman yang lemah
2. Jahil hukum hakam dalam islam
3. Terlibat di dalam aneka macam maksiat.
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu(berita bohong) tersiar dikalangan orang-orang yang beriman,mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat.Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
Surah An-Nur ayat 19
Imam Al-Ghazali menyatakan terdapat 10 maksiat batin(hati)
1.Gemar makan
2.Suka berbual kosong
3.Hasad dengki
4.Cinta kepada harta/dunia
5.Kasih kepada kemegahan
6.Kasih kepada dunia
7.Takabbur/sombong(merupakan dosa yang pertama di dalam dunia kerana sewaktu Allah memerintahkan Syaitan untuk tunduk kepada nabi Adam tetapi Syaitan tidak mahu dek kerana takabbur terhadap diri mereka yang diperbuat daripada api sedangkan nabi Adam daripada tanah)
8.Ujub(kagum dengan kelebihan diri)
9.Riak(Imam Ghazali menyatakan bahawa untuk mencapai ikhlas dalam kehidupan perlu riak,contohnya seseorang yang riak melakukan ibadat dihadapan kawan2nya,sekiranya seseorang itu selalu melakukan begitu lama kelamaan ianya menjadi rutin @ tabiat orang tersebut maka timbullah ikhlas itu sendiri)
10.Makan @ minum benda yang haram.
*Cara sucikan diri*
1.Perlu dapatkan akidah yang sihat
2.Berbalik kepada Islam
3.Kefahaman Islam yang jelas
4.Pelihara solat 5 waktu
5.Tafakur
6.Taubat
7.Banyakkan selawat
8.Qiamulail
9.Sedekah
10.Doa tazkiyyah(suci hati)
11.Banyak menangis kurangkan ketawa
12.Banyakkan amal kebajikan
#LAWAK#
Seorang rakyat Malaysia berkawan dengan seorang pemuda Arab,suatu hari pemuda Malaysia mengajak pemuda Arab sarapan di rumahnya.Menu makanan pagi adalah nasi lemak daun pisang dan air tea..Setelah masuk ke dalam rumah maka mulalah perbualan mereka...
Pemuda Malaysia : duduklah jangan malu2
Pemuda Arab :tq
Pemuda Malaysia :Menu kita hari nie nasi lemak daun pisang n air tea je.
Pemuda Arab : Terpinga2"maza!!! Daaaaunn piisennng????
Pemuda Malaysia : anta makanlah dulu ana nak g ambil cawan..
Beberapa minit kemudian(almaklum rumah besar jauh cikit dapur so lambatlah)dah sampai kat pemuda arab tadi tiba2....
Pemuda Malaysia :Ehhh,dah habis anta makan??
Pemuda Arab :naam,(almaklumlah tangan besar)
Pemuda Malaysia :mcm mana sedap tak??
Pemuda Arab : WoooW sedap sangat tapi salad dia pahit sikit..
Pemuda Malaysia :Oh biasalah salad malaysia..(sambil tersenyum)
* TaZkIrAh musolla faRaBi*
Rabu, 17 Mac 2010
CiRi2 TaUbAt yAnG DiTeRiMa ALLAH
1. Orang itu terlihat lebih bersih dan lebih suci daripada perbuatan maksiat & lebih berupaya menahan diri.Dia seolah2 mempunyai himpunan tenaga yang menghalang dirinya daripada melakukan dosa.
2. Hatinya sentiasa lapang & tenang baik semasa berseorangan ataupun bersama orang lain kerana hatinya sudah dihiburkan oleh Allah sehingga jernih dan tulus.
3. Dia selalu bergaul dengan orang yang baik2 & mencari kenalan yang baik2.Apabila ada orang yang bertaubat tetapai masih selesa bergaul dengan kenalan yang tidak baik,sebenarnya dia belum sungguh2 bertaubat.Lain halnya apabila niat sebenarnya mahu mengubah kenalan menjadi baik.Berada dalam lingkungan manusia yang baik2 ibarat kita berada dalam benteng yang terpelihara.
4. Kualiti amalanya meningkat.Selain dapat menahan diri daripada perbuatan dosa,kualiti ibadahnya semakin gemilang.Solatnya semakin bagus,puasanya cemerlang,malamnya dihidupkan dengan solat tahajjud,sedekahnya diperbanyakkan.Inilah antara bukti taubat seseorang diterima.
5. Dia sentiasa menjaga lidahnya.Dia begitu teliti mengikut perkembangan amalan.Kualiti amalannya terus mendaki puncak cemerlang.Dia semakin teliti mengendalikan lidahnya,fikiran dan ingatn supaya dijuruskan kepada Allah semaksimum yang mungkin.Hingga cinta & rindu kepada Allah semakin menebal.Jadi apabila masa ini kita masih merasa senang & tidak gelisah melakukan maksiat,bercakap perkara yang sia2 bahkan menyakiti hati pula,tidakkisah memilih kenalan yang buruk,hati gelisah urusan dunia,jarang pula ingat kepada Allah,amalannya kian merosot,sedarlah taubat kita hanya di mulut sahaja.Ya, kita menyesal tetapi hanya sekadar penyesalan yang beremosi sahaja.Kita belum benar2 takut kepada Allah...Allahuakbar!!!
Ahad, 14 Mac 2010
Kehidupan
Khamis, 4 Mac 2010
KeLaKaR
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.
2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M
3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.
4) Binatang ape power Karate?
Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.
5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan
kepada saye.
7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'
8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...
9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus
10) binatang tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut
11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak
12) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'
13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
- Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'
14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe
15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur
16) Nak mencari sikit punye susah, bila dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung
17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...
18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sapen nak cabut pokok kelapa gile
ape...
19) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah......
__________________
Isnin, 8 Februari 2010
SURAT DARIPADA SYAITAN
Hai manusia yang tersayang,
Sewaktu engkau mahu tidur,aku lihat engkau tidak memuji Allah,tidak berselawat,tidak membaca ayat kursi.Ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah untuk tidur bukan untuk membaca dan mengingati apa-apa.Sesungguhnya engkau tidak membuang masa tidurmu.
Pagi ini aku melihat engkau tidak mengerjakan solat subuh.Bagus sekali!!! Engkau telah membuktikan bahawa engkau sahabatku yang budiman.Jangan engkau susah-susah bangun dan memendekkan kasa tidurmu.Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman.Jangan engkau pedulikan azan subuh yang mengejutkan engkau dari tidurmu.Bila subuh menjelang,udara masih dingin,tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.
Aku juga melihat engkau suka memakai pakaian yang tidak menutup aurat.Bagus sahabatku.Seharusnya engkau perlu mengikut fesyen semasa tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan.Pasti mata-mata juga pasti terpesona melihat kecantikamu.Sesungguhnya kecantikan yang dikurniakan kepadamu hendaklah ditonjolkan kepada tontonan ramai.
Aku juga melihat engkau jarang membaca bismillah sewaktu akan makan.Ini bagus kerana engkau tidak memenatkan mulutmu.Aku juga melihat engkau makan dengan lahapnya.Makanlah sepuas-puasnya sayangku.Inilah rezeki dari tuhanmu.
Sahabat,aku juga melihat engkau bergembira menghabiskan duit dengan bershopping,menonton wayang,dan membeli kemewahan dunia.Syabas sahabatku.Engkau telah membelanjakan rezeki yang kamu perolehi dengan jalan yang betul daripada member sedekah kepada orang lain.Duit engkau hanya untuk engkau.Tidak perlulah bersusah-susah untuk orang lain.
Aku lihat bila engkau bertemu sahabat handaimu,engkau tidak mengucapkan ASSALAMUALAIKUM tetapi engkau mengucapkan HAI………….HELLO……OIT……..Ini juga bagus kerana engkau seorang tidaklah nampak kekampungan.Engkau telah mengikut TREND semasa.
Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.Di akhirat nanti,engkau dan aku dapat bersama berjalan………Kita berpegang tangan menuju NERAKA JAHANNAM.Bertapa terharunya aku memiliki sahabat sehidup semati sepertimu duhai sayangku.
Sahabatmu yang tercinta…
SYAITAN
Jumaat, 5 Februari 2010
kasih sayang Allah
Aku sambung citer k...Lepas dari jmpa duit 2 aku balik bilik dengan rasa terhina di sisi Allah,tetapi Allah itu Maha Penyayang walaupun kita kadang2 aja mengingati Dia tapi Dia sentiasa mengingati kita..Lepas aku baca buku aku nak siap2 g kelas koko,aku buka buku nak simpan kertas nota kat dalam tu tiba2 aku terjumpa RM3 dalam buku yang selama ni aku buka aku x pernah jumpa pun..Subhanallah Allah itu Maha Pengasih..Alhamdulillah Allah masih berikan aku rezeki walaupun aku...........................? biarlah jadi rahsia aku...Aku ingin mengjak kawan2 yang terbaca blog aku ni sama2 kita muhasabah diri kita dimana tahap IMAN kita kepada Allah sekarang????Adakah masih di tangkuk lama or dah da perubahan...Aku write cuter ni bukan nak cakap Allah tu sayang aku or aku nak menunjuk tapi aku just nak kongsi cerita tentang Allah yang amat menyayangi hambanya....k la ckup setakat 2 dulu aku coretkan bt tatapan sesiapa yang baca blog aku k...Allah Maha Besar...ALLAHUAKBAR!!!!!!!









