Isnin, 25 Oktober 2010

Harapan dalam kedinginan


Harapan...
andai ku mampu bersuara
andai ku mampu meluahkan segala
andai ku mampu menaip mutiara cinta
andai ku mampu...... :-(
andai ku mampu...... :-(
andai ku mampu.... :-(

aku hanya milikMu
aku hanya abduh Mu
aku hanya kekasih hinaMu
aku hanya makhlukMu

ini semua takdirMu
ini semua kehendakMu
ini semua perancanganMu
segalanya milikMU

Harapan
ku punya harapan di lautan
ku punya harapan di lembah
ku punya harapan di kaki gunung
ku punya harapan menggunung

Harapan
ku menaruh hati
ku mencari dan kutemui
tetapi..............
siapa diriku ini
tidak layak bagi diri hambamu yang bergelar wali.....

Ya Allah sekiranya aku jatuh hati
campakkanlah hati ini ke dalam hati hamba yg rindu akan cintaMu
Ya Allah sekiranya aku jatuh hati
Janganlah kau cintakan hati ini lebih kepada hambaMu melainkan hanya cinta untukMU


nukilan
ummu yusra

Ahad, 24 Oktober 2010

Abahku terbaik












Sama-sama kita hayati,gunalah mata hati....

Abah......
satu ungkapan penuh makna
tidak pernah berpaling walau sedetik
meninggalkan aku terkapai-kapai dalam kehidupan
tidak pernah terlalai walau seketika
membiarkan aku mencari sendiri erti kehidupan

Abah......
ungkapan yg sayup kedengaran
bagi anak-anak yg menghargai permata yang ada
Tidak pernah sekali-kali
membiarkan anakmu yang tidak tahu bersyukur ini
tersesat ke jalan yang tidak diredhoi

Abah......
dari jauh kukirimkan salam rindu
titisan mutiara tidak dapat ku tahan
ku biarkan ianya gugur membasahi
pipi ku yg menjadi singgahan bibirmu

Abah......
terdetik di hatiku untuk memelukmu
tapi apakan daya
anakmu jauh diperantauan
sedangkan keringat tuamu
membasahi bumi
mencari secicip rezeki buat santapanku

Abah.....
sekiranya ku tahu
sekiranya ku mengerti
sekiranya ku mampu menghadapi
sekiranya ku adalah diriku
ku mahu menaggung penderitannmu
Tidak pernah sekali-kali kumahu
menatap wajahmu yang letih sayu

Abah....
ampunkan kesalahan anakmu
ampunkan kenakalan anakmu
ampunkan ketelanjuran anakmu
ampunkan kedegilan anakmu

Ya Allah
Ampunkanlah kedua ibu bapaku
Rahmatilah mereka dunia akhirat
Bahagiakan mereka dunia akhirat
Tempatkan mereka di kalangan solihin


Sekiranya ku mampu mengggung bebanan bahumu
Letakkan bebananmu ke bahu ku ABAH.....


Nukilan
ummu yusra

Cinta 'ana' 'enta/enti'







Dalam keghairahan mengejar perkahwinan yang disyariatkan, ramai yang terpedaya dgn dosa2 yg terkabur di sepanjang menuju ke gerbang perkahwinan. Semuanya menjadi halal dgn tiket mahu berkenal2an dan mencari keserasian dgn pasangan. Tambahan pula bila ia seolah2 di ‘islamik’ kan.

Cth: “sms je.. lagipun lepas sms cik abang bg tazkirah, calling2 je, lagipun lepas call boleh saling mengingatkan utk berdo’a utk satu sama lain, hari ni solat jamaah di masjid, kita jumpa lepas solat sekejap, bla bla bla”

Lupakah mereka bahawa Allah tak cakap jangan berzina, tapi jangan HAMPIRI zina. Lupakah mereka bahawa syaitan tidak terus menggoda dgn dosa besar tapi dimulakan dulu dgn dosa2 kecil yang diremeh-temehkan, even pemujaan berhala juga sejarahnya dimulai dgn penghormatan dan pengingatan yang melampau kepada org2 soleh.

Dan siapa yang dapat menjamin bahawa pasangan kita itu adalah jodoh kita, walaupun sudah mengikat tali pertunangan, walaupun akan diijab kabul esok hari, perkara yang halal selepas nikah tetap hanya halal selepas nikah. Tidak pernah syariah menghalalkannya walaupun beberapa jam sebelum nikah. kerana yang pastinya mati itu pasti dan tidak diketahui bila masanya dan seandainya mati yang mendahului nikah itu, alangkah malangnya kalau tidak sempat bertaubat.

Beratnya utk memperkatakan tentang ini kerana diri sendiri juga menanggung beban fitnah yang boleh datang bila2 masa ini. Ditambah lagi dgn desakan2 persekitaran yang menyuruh utk mencari. Hmm.. bagaimanakah utk saya jelaskan pada mereka, sementelah dosa2 yang diremehkan ini telah membudaya. Wahai sahabat, pesanan ini bukan berbentuk satu hala shj (dari saya kepada sahabat semua), tapi sbg permintaan juga utk mengingatkan diri saya seandainya saya terlupa.



nukilan,
ummu yusra
(unisza)

Khamis, 21 Oktober 2010

AMPUNKAN AKU

Ya Allah,
ampunkan hambamu
yang sentiasa berlumpur
oleh kemilau mungkar
membentuk aku
menjadi hamba-Mu
yang enggan mengenal diri

Bukan ini kali pertama
aku menyerah
tapi kemurahan ampunan-Mu
sering memujukku
lalu aku memaaf diri
untuk mengulangi noda

Ya Tuhan
aku selalu menipu
dengan mengharap pasti bersih
pada akhir kembaliku

Begitupun
AMPUNKAN AKU


Nukilan
ummu yusra

Selasa, 12 Oktober 2010

Niat sebelum 'bernikah'

Setiap pasangan yang akan berkahwin hendaklah memasang niat-niat yang baik,sesuai dengan tujuan-tujuan perkahwinan yang telah digariskan oleh Islam;antaranya:

1.Ingin meramaikan umat Islam.

Firman Allah s.w.t.bermaksud: "Wahai sek

alian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai." (an-Nisa': 1)

2.Membersihkan zuriat dalam keluarga Islam.

Firman-Nya yang bermaksud: "Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis diri kamu sendiri, dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cicit, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik.Maka mengapakah mereka beriman kepada yan

g bathil dan mengikari nikmat Allah?" (an-Nahl: 72)

3.Menceriakan kehidupan umat.

Seperti maksud firman Allah s.w.t.: "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati
dan hidup mesra dengannya. (ar-Rum: 21)







4.Membantu menyuburkan iman.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain,mereka menyuruh membuat kebajikan dan melarang daripada berbuat kejahatan,dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. (at-Taubah:
71)

Tujuan-tujuan sebegini wajar diteliti oleh setiap orang yang hendak berkahwin agar perkahwinan itu dibina di atas landasan yang betul dan kuat serta dikaitkan dengan kepentingan agama. Namun demikian, ini tidak bermakna Islam menafikan kepentingan peribadi dalam setiap perkahwinan. Malah di atas kepentingan peribadi itulah dibina kepentingan Islam tadi, sesuai dengan maksud beberapa hadis berikut:

1.Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah." (Riwayat Abu Daud dan Nasa'i).

Untuk menambah bilangan umat Islam ke tahap yang membanggakan Rasulullah, mestilah dengan keinginan seks. Seorang yang berkahwin tanpa ada keinginan seks tidak akan menghasilkan zuriat, malah orang yang tidak bernafsu seks tidak dibenarkan berkahwin. Untuk mencapai kehendak Rasulullah di atas maka setiap kali melepaskan keinginan seks, niatkan untuk menambah bilangan umat yang bertaqwa.

2.Rasulullah bersabda, maksudnya: "Pilihlah tempat menyimpan air mani yang baik (isteri solehah) dan kahwinilah wanita yang sepadan." (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim).

Pilihan yang tepat ada kaitan dengan zuriat keturunan. Perhubungan seks dengan pasangan yang baik itu menjadikan zuriat keluarganya baik-baik juga. Sebaliknya, jika keturunan salah satu dari pasangan itu terdiri daripada orang yang pernah membuat maksiat maka kesannya akan menjalar kepada zuriatnya pula.

Rasulullah bersabda: "Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia enggan, maka tidurlah suami itu dalam keadaan marah kepadanya. Akibatnya malaikat turut marah kepadanya sehingga Subuh. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hubungan seks boleh menceriakan hati pasangan suami isteri. Tanpanya akan menjadikan hati pasangan menjadi gundah, menderita dan tidak tenang. Isteri perlu sedar tanpa berkahwin pun seseorang itu boleh memakai pakaian bersih,boleh makan makanan yang enak dan boleh berhibur hati, tetapi tanpa perkahwinan dia tidak boleh menyalurkan keinginan seks secara halal. Kerana
itu, hormatilah suami demi menceriakan jiwanya.

3.Rasulullah pernah juga bersabda yang menggambarkan apabila seseorang itu berkahwin menangislah para syaitan dan sembahyang orang yang berkahwin lebih pahalanya daripada mereka yang belum berkahwin.

Dengan berkahwin, seorang isteri itu akan terbela kehidupannya, terselamat kehormatannya manakala suami pula tidak akan terjebak lagi dengan dosa dan maksiat kerana semuanya ada di dalam rumahtangga mereka. Ini dengan sendirinya boleh meningkatkan iman dan taqwa masing-masing.

Begitulah antara sebab mengapa perkahwinan disyariatkan dan begitu dititikberatkan. Seorang lelaki tidak minta dirinya dikahwinkan, wanita tidak minta dirinya dilamar dan janda tidak minta diri dan anak-anaknya dibela melainkan hanya untuk kepentingan Islam. Demi mahu merebut kasih sayang, rahmat dan redha Allah sebagai jambatan selamat menuju ke hari
akhirat.

"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik."- Ibn Majah

Jumaat, 8 Oktober 2010

Mahkamah











Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana masih memberikan kita nyawa untuk terus hidup.
Selawat dan salam dipanjatkan kepada nabi Muhammad S.A.W,keluarga baginda,sahabat2 baginda.. tidak lupa juga kepada umat Islam, didoakan agar sentiasa di bawah rahmatNya...

6/10/2010(rabu)
Kelas kursus elektif mengadakan lawatan sambil belajar ke Mahkamah Syariah negeri Terengganu..Seronok sangat,sapa2 yg ada impian nak p tu lebih baik p coz memang pengalaman yg x dapat digambarkan..

First2 sampai kami dua ni la orang yg paling last masuk coz satlekan barang2 kat atas bas,tapi nasib baik la sempat kejar depa yang masuk awal tu kalau tak dah sesat la kami dua orang ni..

lepas ceramah kami semua masuk dalam bilik perbicaraan..k bagi sapa2 yg nak masuk bilik tu ni syarat2nya:

1. Baca bismillah n bagi salam slow2 jgn kuat2 nanti hakim suruh keluar.
2.Tunduk kat hakim tu (gaya org jepun) even hakim x pandang kita
3.Duduk tegak,xboleh silang kaki or letak kepala atas kerusi
4.Sebelum masuk lekatkan mulut dengan plaster coz kat dalam tu ada tanda SILENT
5.Dengar dengan teliti n ambil iktibar apa yg diperkatakan

x susah pon nak buat lau ada minat nak masuk...mesti suma ingat ahhhh Formalnya,tapi x,serius kami bagitau,hakim pon sporting ja..

kalau sebut ja mahkamah mesti perempuan ja yg hadir lelaki x hadir gak so perbicaraan tu ditagguhkan lagi..emmm apa nak jadi..Pesanan dari dpi syariah (jgn libatkan diri anda dengan kes mahkamah) kesian kat orang yang kahwin cerai ni (nauzubillah).macam2 ragam yang kami nampak,ada yg suami isteri memag btol2 nak cerai,da juga yang nak rujuk balik,da juga yang suami lari n x dapat dikesan..tua,muda,remaja semua ada..

Satu lagi uniknya keputusan hakim yang membuatkan kami terfikir sejenak. kalau hakim nak jatuhkan hukuman hakim akan cakap "kamu sanggup tanggung dengan apa yang kamu lakukan?? kamu sanggup bertanggungjawab apa yang kamu buktikan dunia dan akhirat?? kamu sanggup dilaknat oleh Allah sekiranya apa yang kamu ckapkan itu salah???" sekiranya mereka itu sanggup maka hakim akan cakap "Bismillahirahmanirahim, merujuk kepada keterangan2 dan bukti maka mahkamah memutuskan........................." (cuak jadi hakim)

lepas ni ingat nak p lagi coz sapa2 pon boleh masuk so ingat nak g hari ahad coz hari ahad kes liwat...ops lupa nak ceritakan,kes2 dibicarakan ikot hari,tapi ada juga hari2 yang digabungkan semua kes..huhu tengah cari sesapa yang nak g makamah sekali dengan kami mungkin study week,,sapa2 yang nak hubungi saya..

nukilan
ummu yusra

Khamis, 7 Oktober 2010

Jadual Imtihan Akhir sem 3/2010

21/11/2010

8.15-9.30 pm

Asas pembudayaan keusahawanan (AH 01)

22/11/2010

11.30-1.30 ptg

Aqidah (DABS)

24/11/2010

8.30-10.00 am

Aqidah & Akhlak (DABS)

25/11/2010

8.30-10.00 am

Undang-undang pentadbiran hukum Islam

27/11/2010

11.30-1.30 ptg

Mantiq (DABS)

29/11/2010

8.30-10.30 am

Ulum hadis (AH 01)

1/12/2010

2.30-5.30 ptg

Fiqh Muamalat (AH 01)

Halaman

Umurku bertambah,Dekatlah kematian

Lilypie Kids Birthday tickers