Ahad, 24 Oktober 2010

Abahku terbaik












Sama-sama kita hayati,gunalah mata hati....

Abah......
satu ungkapan penuh makna
tidak pernah berpaling walau sedetik
meninggalkan aku terkapai-kapai dalam kehidupan
tidak pernah terlalai walau seketika
membiarkan aku mencari sendiri erti kehidupan

Abah......
ungkapan yg sayup kedengaran
bagi anak-anak yg menghargai permata yang ada
Tidak pernah sekali-kali
membiarkan anakmu yang tidak tahu bersyukur ini
tersesat ke jalan yang tidak diredhoi

Abah......
dari jauh kukirimkan salam rindu
titisan mutiara tidak dapat ku tahan
ku biarkan ianya gugur membasahi
pipi ku yg menjadi singgahan bibirmu

Abah......
terdetik di hatiku untuk memelukmu
tapi apakan daya
anakmu jauh diperantauan
sedangkan keringat tuamu
membasahi bumi
mencari secicip rezeki buat santapanku

Abah.....
sekiranya ku tahu
sekiranya ku mengerti
sekiranya ku mampu menghadapi
sekiranya ku adalah diriku
ku mahu menaggung penderitannmu
Tidak pernah sekali-kali kumahu
menatap wajahmu yang letih sayu

Abah....
ampunkan kesalahan anakmu
ampunkan kenakalan anakmu
ampunkan ketelanjuran anakmu
ampunkan kedegilan anakmu

Ya Allah
Ampunkanlah kedua ibu bapaku
Rahmatilah mereka dunia akhirat
Bahagiakan mereka dunia akhirat
Tempatkan mereka di kalangan solihin


Sekiranya ku mampu mengggung bebanan bahumu
Letakkan bebananmu ke bahu ku ABAH.....


Nukilan
ummu yusra

2 ulasan:

  1. subnallah...sangat besar nilai perngorbanan seorang abah unt anak2nya..love abah..berdoalah sebagai seorang anak, semoga Allah menempatkan mereka insan tercinta ini di mahligai syurga Allah..ameen..

    BalasPadam

Halaman

Umurku bertambah,Dekatlah kematian

Lilypie Kids Birthday tickers