Imam As-Syafie berkata:
"Sesiapa yang mahu berjaya di dunia hendaklah berilmu,sesiapa yang mahu berjaya di akhirat hendaklah berilmu,dan sesiapa yang mahu kedua-duanya hendaklah ia berilmu.
Nama-Mu kusebut kuulang damai kurasakan kerinduaan yang mencengkam tenang dalam harapan
Moga bibir ini bisa dibasahi selalu dengan nama-Mu tiap detik tiap ketika
Namun ada ketika-ketikanya aku alpa aku lalai mengemudi pelayaran ini menuju destinasi terumbang-ambing di lambung ombak bahteraku hilang pedoman sesat di lautan diselubungi kegelapan
Akhirnya Aku kembali insaf kurenung kuselami erti sebuah pelayaran sepi ini aku pasrah dalam kesyahduaan sayu pilu menusuk kalbu
Maafkan diri ini kutahu aku insan tidak berdaya hanya mampu mengharap moga nama-Mu tetap bersemadi di hati kecil ini "Allah azza wajalla"
Sore itu menjengah lagi mengintip hari-hari bersendirian menganalisa hari-hari sepi menggeletek lagi kisah semalam kisah dulu kita tapi aku tidak sanggup lagi digigit rasa nostalgia dihempas oleh kengan memulas
Beningnya embun dinihari hebat lagi beningnya mutiara jatuh untuk kesekian kalinya lantaran memori itu begitulah wanginya masa lalu barangkalikah berulang lagi
Ah...melodi salju menghantar lagi jiwaku makin terseksa di lautan ini merintih
Relakanlah senja dan restuilah wahai malam luncurkanalah aku bersamasampan damaimu layarkanlah aku dalam bahtera lenamu jangan kau perangkap sepiku jangan kau gelapilagi kamar dinginku dilitupi dek kiambang2 kenangan digegari dengan melodi salju masa silam
Duhai sinaran rembulan jua kerlipan bebintang malam serimu terpancar indah namun sukar dikecap, biarlah tapi jadikan dikau penghibur hatiku buat jiwa merintih kini..
Sahabtku bacalah,renugilah dan kemudiannya teruskan beramal dengannya
Apbila saudara mendengar azan,maka hendaklah bangun dan bersembahyang serta-merta walaupun berada di dalam keadaan bagaimana sekalipun
Bacalan Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara yang baik-baik ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali saudara membuang masa walaupun sedikit dalam perkara yang tidak berfaedah
Berusaha sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul (kerana itu adalah satu-satunya syiar Islam)
Janganlah banyak bertengkar di dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi apa jua kebaikan
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram
Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara
Janganlah saudar bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah satu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain
Jauhilah daripada mengumpat orang lain,mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa yang boleh member kebajikan
Berkenal-kenalan dengan setiap saudara ikhwan muslim yang saudra temji dengannya sekalipun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya kerana asas di dalam gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenal
Kewajipan kita adalah lebih banyakdaripada masa yang ada pada kita oleh itu tolonhlah saudaramu sendiri tentangbagaimana cara-cara hendak menggunakan masa yang berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah perlaksanaanya.
Sekarang bermulalah kehidupan aku di UNiSZA bagi semester ke-3, aku dapat ramai adik2 baru masuk nak tergelak gak tengok gelagat diaorang mcm aku waktu sem 1 dulu..terkejar-kejar cari kat mana bilik kuliah kat mana asrama mcm rusa masuk kampung la aku waktu 2 tapi ana terkejar-kejar cari toilet ja coz tut….tut…he.Jauh 2 perjalanan aku dari Kedah mana mungkin bisa tahan, aku x suka nak turun2 kereta ni kalau jalan jauh 2 lbh rela tunggu sampai ke tempat yg nak di tuju dulu...
aku dapat ramai adik2 so aku ingat dari awal ni aku nak ajak diaorang sama2 ngan aku tuk amar makruf nahi mungkar wa tukminuna biLLah wa yaumilakhir,2 pesanan ustz Nik Mursyidah kalau aku berjumpa ngan dia kat surau Tariq(anak menakan(anak buah) Tok Guru 2)..First 2 aku xtau pon 2 anak menakan Tok Guru tapi kawan2 aku yg bagitau ustz tetap gak rahsiakan identiti dia sampai la kami tengok sendiri gambar kahwin dia,Tok Guru yg jadi Tok kadi…Ustz Nik @ panggilan lagi manja mama @ k.Syidah selalu memberikan dorongan kpd aku dan kawan2 sewaktu sem 2,walaupun aku bukan anak murid dia tapi sama ja dia layan.First aku jumpa dia waktu solat subuh kat suaru Tariq, aku ingat dia kakak senior coz muka dia nampak muda giler..Lepas baca mathurat xda orang yg offer diri tuk baca doa, aku x baca coz slalunya kawan aku yg baca tapi tiba2 ja pagi 2 dia xmau baca,so aku pon apa lagi ambik inisiatif aku sendiri dgan angkat kening kat ustz yg aku ingat akak senior 2 sbgai isyarat tuk baca doa,so dia pon on ja nak baca doa.Lepas hbis baca doa 2 sesi salam la, aku dengar kawan aku ckap “eh x perasan kata ustazah tadi” aku pon apa lagi kecut perut la tapi aku cover ar buat muka comel ckit aku salam pastu senyum kat dia.Bermula dari situ aku selalu nampak ustz,so hubungan kami pon semakin rapat sampai satu hari 2 ustz buat jamuaan kat anak murid dia kos usuluddin tapi dia ajak aku,terharu gak tapi buat slumber ar aku sorang sayriah dalam 2..hehe..2 la kisah aku dengan mama.. J
aku akan sedaya upaya untuk bantu & jaga adik2 yg baru mengenal kehidupan di u yg terlalu bebas untuk buat keputusan tanpa bimbingan.Walaupun aku xda adik… aku xmau tengok adik2 seperjuanganaku jatuh kedalam lembah yg tidak sepatutnya.aku fikir sapa lagi yg ingin membantu diaorang saat xda WARIS kat sisi..hehe. aku xmau diaorang jadi macam saudara seperjuangan baseaku. aku rasa kesal & aku berserah kpd Allah untuk membantu aku dalam menghadapi karenah saudara2 seperjuangan aku. aku tak salahkan diaorang tapi aku rasa bertanggugjawab untuk membantu diaorang. aku harap aku dapat menjaga saudara2 baru aku agar mereka meniti di atas landasan yg betul tapi kita hanya merncang,yg menentukan adalah yg berhak sahaja..Wassalam
Salam… Kepada pengunjung blog aku yg dihormati,kat sini aku nak cakap sikit tentang sahabat.. Sahabat???? Apa 2??? Mestilah orang yg dekat dengan kita,memahami,kongsi suka & duka & banyak lagi ar…Tapi kita kadang2 tersalah pilih kawan & kadang2 kita terbetul pilih kawan tapi kita ego tuk menerima kawan yg baik..Ini merupakan pengalaman bagi kita untuk betul2 mengenali siapa kawan & siapa lawan.. aku nak mulakan dengan pengalaman aku tentang persahabatan aku dengan seorang kawan aku nie..Kisah ni mula waktu sek menengah coz sek rendah banyak main ja so x sempat nak fikir apa erti sahabat 2..hehe..Waktu sek men aku anti sahabat karib sehinggakan aku benci tengok orang yang bersahabat karib coz bagi aku kenapa nak kongsikan kasih sayang antara sahabat,lagi yang membuatkan aku anti sahabat karib ni coz kadang2 aku tengok ada yang gaduh,nangis tapi waktu 2 aku tak fikir tulah asam garam dalam bersahabat.. Kisah aku bermula apabila aku rapat dengan seorang hamba Allah ni, aku gelarkan dia si A..A ni baik sangat ngan aku tapi aku xbleh nak terima coz aku xmau jadi macam orang lain ada kawan tapi terseksa.. aku suka berkawan dengan ramai kawan tapi kawan ja bukan kawan karib. aku mula berkawan ngan si A dalam form 3 @ 4 x silap aku area 2 ar. aku suka sakitkan hati si A sehingga si A sering bersedih dengan aku tapi aku buat x kisah aku ‘bela’ gak ego aku 2 sehingga sampai satu tahap aku x endahkan langsung si A.. aku jadi ego 2 sebab kawan2 aku tau aku ni anti sahabat karib so depa ejek aku dengan si A ni so aku apa lagi makin tinggi la ego aku. aku bersikap macam 2 sampailah kami tamat spm.Tapi si A xpernah berubah sikap dengan aku,si A sentiasa bagi dorongan kat aku dalam apa saja aku buat tapi aku tetap ego..Lepas habis 2 aku dapat panggilan darpada PLKN so aku p sana 3 bulan.Si A sambung pengajian dia ambil STAM kat sek yang berdekatan.Lepas keluar dari PLKN aku dapat tawaran sambung belajar kat UDM,so waktu 2 aku sibuk la dengan persiapan nak masuk U..Dalam aku tengah subuk 2 si A sempat lagi menghantar mesej ucapan tahiah dan beberapa peringatan sewaktu di tempat orang.Si A banyak bagi sokongan kat aku.. Dah seminggu aku masuk U aku terdengar khabar si A nak ke luar Negara,tiba2 perasaan aku waktu 2 x dapat nak di gambarkan, Allah telah campakkan perasaaan kasih sayang aku kpd si A..Makin lama makin kuat perasaan ni sehingga aku rasa sudah kehilangan seorang yang selalu memberi semangat kpd aku..Alhamdulillah aku sempt berjumpa dengan si A sebelum dia bertolak.. aku rasa 2 la hari yang paling bahagia bagi aku.. aku akan sedaya upaya untuk ikat kembali tali persahabatan kami berdua & aku akan jaga hati si A agar dia x terseksa lagi.INSYAALLAH…Sekarang aku dapat rasakan apa itu dinamakan sahabat karib..Ya Allah kau jagalah perhubungan kami ini hingga ke anak cucu kami Ya Allah,Kau peliharalah sahabatku itu walau di mana jua dia berada…Kau habiskanlah hidupnya dengan husnul khatimah Ya Allah..Amin Ya Rabbal Alamin.. Maafkan segala silap & salah aku selama kita bersahabat……….
Terkadang terasa anehnya mentaksir makna kehidupan ini, apabila yang dirancang sering menjadi sebaliknya, bermenung diri ini sendirian,mengenang nasib diri yang dulu masih begitu,dalam gelora antara harap & kecewa,merenung hidup ini tak ubah seperti sebuah teka-teki.siapakah yang dapat meneka untung nasib dirinya?Oleh itu kembalilah ke dalam diri,mencari erti kehambaan.Walau siapapun kita tetap mengharapkan Dia.Iringilah ikhtiar,usaha,doa & tawakal,kembalilah kepada Allah.Dialah penyelesai segala masalah
Insan yg bergelar Muslim
"Bahayanya cinta sebelum kahwin" - menyibukkan hati merindui makhluk yg tidak halal bagimu seumpama membuka pintu2 bagi SYAITAN menjalankan jarumnya untuk melupakanmu dariNYA
-hati terseksa dengan barah rindu
-rndu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah & terhina di bawah jajahan SYAITAN
-cinta lalai akan menyebabkanmu alpa dari mempersiapkan diri untuk keperluan dunia & akhirat
-fitnacinta ibarat racun yang membunuh akal,jiwa & perasaan
-jiwamu terganggu dalam menilai mana yang baik & mana yang buruk untuk dirimu
-jika kamu & dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kalian
-Nauzubillah- p/s :catatan hati buat diri yang tidak mampu untuk membimbing sahabat seperjuangan yang masih leka dengan cinta kpd selain dariNya... :-(
Senyum Sokmo
Syukran kerana sudi melawati BLOG ni :-)
Si cOmEl
Sajak Syed Qutb
Saudara!!! Sendainya kau tangisi kematianku dan kau siramkan pusaraku dengan air matamu maka diatas tulang-tulangku Yang hancur luluh Nyalakan obor buat umat ini Dan........................... Teruskan perjalanan ke gerbang jaya
saudara!!! Kematianku adalah satu perjuangan Mendapat kekasih yang sedang merindu Taman-taman di syurga tuhanku bangga menerimaku Burung-burungnya berkicau riang menyambutku bahagialah hidupku di gerbang abadi
Saudara!!! Puaka kegelapan pasti akan hancur Dan alam ini akan disinari fajar lagi Biarlah ruhku terbang mendapat rindunya Janganlah gentar berkelana di alam abadi Nun di sana fajar sedang memancar..
HARAPAN TANPA SUARA
Di dalam kandungan ibu tersayang Amannya ku rasakan Degupan jantungmu jantungku Irama penuh syahdu
Ku ingin rasai kehangatan pelukanmu Belaian kasih sayang Ku jaga kau di hari tuamu Andai panjang usiaku
Namun hanya harapan tanpa suara Di dunia cuma seketika Jasad kaku dibaluti kertas usang Terbiar bagai sampah terbuang
Di manakah ibu di manakah ayah Bonekakah atau manusia Anak tidak berdosa menjadi mangsa Oleh hawa nafsu yang serakah...
Wahai... Pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dariMu Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar Indah nikmat sehat itu Tak pandai aku bersyukur Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah Mengalun berzikir di kidung doaku Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ilahi.... Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku Lindungiku dari putus asa Jika ku harus mati Pertemukan aku denganMu