Khamis, 30 Disember 2010

Perjuangan belum selesai

kaki ku melangkah penuh gagah
merentasi tembok tidak ku kisah
asalkan ilmu dapat ku gengam gah
walau tersungkur semangatku tak pernah lelah

Hajat dihati nak ku rangkul semua sekali
tetapi, Allah maha Mengetahui
ilmu secetek ku jadikan saksi
sebagai bekalan ke akhirat nanti

Dari selatan sampai ke utara
dari timur sampai ke barat
letih langkahan tidak ku kira
asalkan ilmuku mendapat berkat

Hayati lirik ini (akbar feat firdaus)

Ku berlari

Firdaus:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Berlari..



*doakan keselamatan penulis dalam perjalanan kedah>terengganu pada 31/12/2010 (10malam),doa antum semua amat dihargai.TQ


ummu yusra

Aurat


Prof. Dr. Wahbah Zuhaili. para ulama' fiqh dari semua 4 Mazhab yang sedia ada tetap mewajibkan solat dilaksanakan dalam waktunya sekalipun berhadapan suasana dan keadaan yang amat mengharukan. Faktor ketiadaan pakaian yang secukupnya tidak diterima sebagai alasan atau dalih untuk menundakan solat atau meninggalkannya terus.

Kesimpulan.

1. Syarat pakaian solat yang diwajibkan bagi seorang wanita ialah kain tudung yang menutupi dari kepala sehingga ke bawah kawasan dada dan pakaian yang dapat menutupi sehingga ke kedua tapak kakinya. Selain itu pakaiannya hendaklah longgar dan tidak menampakkan bentuk badan atau bayangannya dan tidak nipis sehingga melihatkan warna kulit di sebaliknya.

2. Apabila gagal menepati syarat pakaian solat yang diwajibkan dan dia telah berusaha sedaya mampu, hendaklah tetap mendirikan solat tersebut dengan sekadar apa yang ada. Solat sebegini adalah sah dan tidak perlu diulangi.


Isnin, 27 Disember 2010

Argh!!!! selesema

Selesema satu penyakit yang seboleh mungkin mahu dielakkan oleh semua orang terutama sekali penyanyi(sengau la nanti). Oleh kerana penulis baru melepasi fasa selesema maka penulis ingin membuat satu kesimpulan mengenai penyakit selesema ini.

Dalam diam selesema menambahkan pahala dan meningkatkan keimanan kita..
Hah!! kok gimana penulis??
gini......Cuba bayangkan sekarang pembaca semua sedang selesema,apa yang berlaku?
Hidung berhingus,bersin,makan tak rasa apa-apa, sakit kepala dll.

Hidung berhingus..... ada sapa-sapa yang cuba buang hidung dia?? sudah semestinya tiada kan,so kita sudah menerima qada dan qadar tuhan..Nah!! pahala dapat, tingkat keimanan juga meningkat..InsyaAllah..

Bersin......lepas bersin selalunya kita akan kata Alhamdulillah, orang yang dengar akan kata Yarhamkallah(male) Yarhamkillah (female) dan kita akan jawab kembali yahdina wayahdikumullah..Nah!! sekali lagi lisan kita basah dengan berzikir, bukan diri kita sahaja malah kaum kerabat disekeliling kita...tambah lagi pahalanya, naik satu lagi grade keimanan..InsyaAllah..

Makan tak rasa apa-apa...sebelum selesema, penulis meneka bahawa ada sesetengah insan yang mengalami masalah tidak boleh berhenti makan..hehe..dan bila musim selesema muncul, makanya pakat ramailah tak lalu nak makan.waktu inilah baru kita dapat merealisasikan 'makan sewaktu lapar berhenti sebelum kenyang'.Nah!! kita telah mengikut sunnah Rasulullah,sapa-sapa yang ikut sunnah akan dapat pahala, iman pun bertambah..InsyaAllah

'Beruntunglah bagi orang yang selesema', usah dirungutkan tentang penyakit yang menimpa kerana Allah memberi pahala yang percuma..



ummu yusra
kuliah syariah sem 4
Fakulti Kontemporari Islam
UNiSZA

Ahad, 26 Disember 2010

Allah lebih menyayangimu

'Setiap yang bernyawa pasti akan mati',sepotong ayat cinta ini kupahatkan dihati bagi menjalani hidupku yang akan datang tidak kira susah or senang, suka or duka.

Pada tahun 2005 merupakan tahun keluargaku diuji dengan kehilangan orang yang tersayang.siapa??? abangku,Allahyarham Mohd Hanafi bin Sihkh Khalid(al-Fatihah)...amin ya Rabbal alamin..

Mengapa artikel sebegini ditulis?? penulis hanya mahu berkongsi dengan sahabat semua mengenai kasih sayang yang Allah anugerahkan kepada kita. Siapa pun dia,bagaimana pun perangai dia, apapun masalah yang dia lakukan, sekesat manapun kata-kata dia.DIA tetap saudara kita. pepatah ada mengatakan 'air dicincang tidak akan putus', begitulah kehidupan berkeluarga. Bagi yang membenci keluarga mereka, penulis yakin ada sekelumit belas kasihan didalam diri kita untuk menyayangi keluarga kita.Terimalah mereka seadanya walaupun susah untuk menerimanya tetapi didiklah hati kita untuk memahami dan menyayangi satu sama lain.

Penulisan di atas bukanlah penulis menggambarkan Allahyarham abang penulis tetapi penulis hanya mengungkap realiti kehidupan berkeluarga yang berlaku sekarang. Penulis tidak mahu menulis mengenai Allahyarham abang penulis kerana yang pergi biarlah pergi walaupun dialah yang menjadi penyeri tetapi Allah lebih mengerti. Moga kehidupannya disana lebih indah dari sini.

Kasih sayang bukanlah hanya ungkapan dimulut bagi meyakinkan orang lain bahawa kita menyayanginya tetapi dengan berdoa, memberikan senyuman,menyenangkan orang disekeliling kita juga merupakan medium bagi kasih sayang.

Bagi sahabat-sahabat yang kehilangan orang yang disayangi, calitkanlah secubit doa buat mereka seusai solat kita agar kehidupan mereka dialam kubur tenang dek kerana sinaran cahaya doa kita.

"em penulis, saya masih cukup ahli keluarga, abang-abang,kakak-kakak,adik-adik, mak, ayah masih ada so tak perlu la kot saya berdoa."

Tanya penulis kepada kamu,"Tidakkah keturunan dari nabi Adam hinggalah ayah kamu merupakan ahli keluargamu?? moyang-moyang,nenek,atuk dll.Apakah mereka tidak bisa menerima doamu?? tanpa mereka siapalah kamu yang berdiri megah pada hari ini."

'Lahirmu dengan tangisan, biarlah matimu dalam senyuman'



ummu yusra

Sabtu, 25 Disember 2010

Rezeki

Setiap kali penulis buka dan memerhati FB @ mukabuku yang popular sakarang ni dan tergerak dihati penulis untuk menulis sesuatu. Apa kena mengena rezeki dan FB?? Penulis hanya menggunakan medium FB untuk berbicara pasal rezeki. Banyak post2 terbaru kat FB berkaitan dengan CGA(result pelajar u) yang baru saja beberapa hati menampakkan mukanya,jadi kisah result ni masih segar di fikiran mahasiswa UNISZA.

"Alhamdulillah result aku naik sikit dari sem lepas". "Ala rezeki aku takat ni ja aku redho". "Tak da rezeki aku sem ni dapat cukup-cukup makan ja"."rugi aku tak usaha lebih sikit kalau tak boleh dapat anugerah dekan sem ni" Nah!!! inilah diantara kata-kata yang terkeluar setelah melihat hasil titik peluh sendiri. Sahabat-sahabat marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran atas apa yang Allah hadiahkan kepada kita. Yang tidak capai target usah berputus asa kerna setiap usaha kita akan ada hasilnya, sikit atau banyak itu aturan yang Maha Esa.Setiap sesuatu merupankan ujian,bagi yang melebihi target ingatkah kamu Allah sedang mengujimu samada kamu sombong mahupun kamu bersyukur dan ber'thank you' kepada Allah. Yang result tak seberapa, yang dikatakan tak seberapa itulah rezeki, 2.0,2.9,3.0 itu semua rezeki namanya.


Rentetan dari penulisan pasal rezeki,ingin juga penulis berkongsi situasi yang orang angap apa yang dia dapat bukanlah rezeki,tetapi sekiranya dilihat dengan mata hati maka kita dengan megahnya akan berkata "Alhamdulillah inilah rezeki untukku"


Pak Abu seorang nelayan dan sudah semestinya kerjanya menangkap hidupan laut.Setiap hari beliau akan membawa pulang udang galah yang besar-besar kepada anak-anak dan isterinya.Maka bergembiralah mereka menikmati hidangan yang lazat. Pada suatu hari, hati Paka Abu dirundung kesedihan kerana setiap pukat yang diangkat tidak memperoleh udang galah yang besar, yang ada cuma udang galah yang tak cukup vitamin yakni kecil-kecil(tak da muscle). Lalu dibawa pulang udang tersebut,sesampainya di rumah Pak Abu memanggil anaknya yang paling bongsu lalu bergegas lari anaknya mendapatkan Pak Abu. "mana udangnya pak?",tanya si anak. "Tak da rezeki kita hari ini nak, udang galah kecil-kecil ja yang ayah dapat",kata Pak Abu keletihan..............

(Tidakkah udang-udang yang kecil itu merupakan rezeki??)


Kadang-kadang didalam keluarga ada ibu bapa yang mengeluh dengan kesesakan wang bagi menampung kehidupan. "Emm tak da rezeki kita bulan ni, duit tak cukup untuk makan sedap-sedap, ikan masin ja yang mampu ayah beli", kata si ayah melepaskan keresahan di hati.

(makan sedap=kehendak VS makan untuk dapat tenaga=keperluan)
ikan masin pon ikan masinlah itulah rezeki

Buletin 1.30(26/12/2010) kat tv3 tadi ada menyatakan bahawa di rantau panjang,kelantan tiba-tiba muncul ikan yang tidak pernah ada dikawasan tersebut,antara ikannya ialah terebuk,sepat dll.Tajuk besar berita adalah ikan tiba-tiba muncul dan isi kandungan dalamnya barulah menyebut tentang "dapatlah penduduk dikawasan sekitar mendapat REZEKI dengan kejadian yang dianggap aneh ini" Apa yang sepatutnya diingati dilupakan dan apa yang tak sepatutnya dihangatkan menjadi topik utama...

Apa-apa pon pesan penulis pada diri dan sahabat, bersyukur dengan apa yang ada,jangan bebankan diri,keluarga,masyarakat dan orang sekeliling kita dengan berkata "tak da rezeki aku kali ni"


Ya Allah dosaku menggungung tinggi tetapi RAHMATMU melangit luas.
Penulis tinggalkan pembaca dengan lirik nasyid UNIC

(Hakikat bahagia)

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki ...


ummu yusra



Jumaat, 24 Disember 2010

National Geographic Wild

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah yang Esa.Segala puji bagi Allah daripada sifat kekurangan, segala puji bagi Allah daripada fitnah dan tohmahan-tohmahan yang dilemparkan oleh musuh Islam..Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Rasulullah, keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda dan muslimin dan muslimat seluruhnya.

Kali ni penulis nak kongsikan satu kisah yang penulis tonton dalam TV at National Geographic(1) moga ada manfaatnya..Sekiranya kita meneliti sekeliling dan kita berfikir sejenak tentu kita akan rasa "Ya Allah kerdilnya aku dihadapanmu"..Melihat semut berjalan pon sudah menarik minat kita untuk tahu apakah disebalik kehidupannya..

Tiap kali abah pegang remote control mesti kat kaca tv akan memaparkan gambar binatang(wah hebat abah aku..hehe), channel apa tu?? sudah semestinya 550,551,552,553.....iaitu channel yang berkisar tentang fakta.

kisah kali ni pasal ikan saloma..ehh,ehh IKAN SALMON..hehe..Dari permulaan kehidupannya hinggalah ke akhir hayatnya disamping menanggung dugaan yang tidak putus hadir menghambat diri mereka. Ikan salmon hidup di air tawar(bagi yang tak tahu dan saya pon baru tahu) di air dalam.

Marilah sama-sama kita fikir, apabila tiba satu musim yang ditunggu-tunggu yakni musim bertelur, ikan-ikan ni akan melawan arus air sungai yang deras untuk mencari kawasan yang lebih cetek dan tenang di hulu sungai. Supaya telur-telur yang akan menetas nanti tidak hanyut. telur-telur ini juga tidak boleh hidup di kawasan air dalam..Bila tiba musim bertelur, ibu-ibu ikan bersama suami-suami mereka berangkat ke hulu sungai,bukan naik flight,keretapi or LRT tapi berenang(tak tahu la gaya apa)

Sebelum sampai ke tempat yang hendak dituju, rintangan yang banyak dari pemangsa spt, beruang,serigala,burung dll.. ikan-ikan salmon berhempas pulas berenang bersungguh-sungguh mengelakkan diri dari pemangsa bagi mencapai cita-cita yang satu,tetapi setiap yang bernyawa pasti akan mati..Pemangsa-pemangsa tadi mendapat rezeki yang ditetapkan Allah kepada mereka.

Bagi yang diberi kesempatan terus hidup berhempas pulas menuju ke hulu sungai bagi merialisasikan hasrat alam. Ada yang sampai ke hulu dalam keadaan parah (carik sana carik sini isi badannya). tapi perjuangn tak sampai sekerat jalan ja "alang-alang menyelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan". seketika berehat terus sahaja telur dilepaskan dari badan betina dan disenyawakan jantan yang melepaskan spermnya. Masa yang diambil hanya beberapa saat untuk proses itu. Setelah selesai ikan betina akan mengibaskan ekornya menimbus telur bagi membolehkan batu-batu kecil melindungi telur tersebut..Telur-telur yang tidak terselamat dan hanyut dimakan oleh burung-burung yang akan memperoleh vitamin daripada telur segar

Masih ada lagi dugaan yang akan dihadapi yakni dugaan dengan kematian, ikan-ikan yang berpusu-pusu berenang ke hulu akhirnya akan mati termasuklah si jantan. Maka bergelimpanganlah ikan salmon tersebut.Rezeki bagi pemangsa yang akan menghadapi musim sejuk tidak lama lagi..

Siratan makanan yang menakjubkan mangsa>pemangsa>Khaliknya


Subhanaallah,begitulah aturan Allah yang sangat sistemetik terhadap alam ciptaanNya.. Sesuatu yang terjadi tiada sia-sianya, cuma manusia yang perlu berfikir Hikmah Allah lebih besar dari yang sia-sia..


ummu yusra

Khamis, 23 Disember 2010

Cinta itu indah

Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji...

Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka...

Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa...

Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji....

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih...

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu...

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian...

Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman...

Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan tuhan

Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan...

Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenagan...

* masakan wanita dan lelaki merasa nikmat dan gembira sedang sudah dijanji setiap ujian itu nyata peritnya dan masakan anugerah Allah terlalu tinggi andai ujianNya tak sehebat mana.*


Ummu yusra


Halaman

Umurku bertambah,Dekatlah kematian

Lilypie Kids Birthday tickers