Sabtu, 25 Disember 2010

Rezeki

Setiap kali penulis buka dan memerhati FB @ mukabuku yang popular sakarang ni dan tergerak dihati penulis untuk menulis sesuatu. Apa kena mengena rezeki dan FB?? Penulis hanya menggunakan medium FB untuk berbicara pasal rezeki. Banyak post2 terbaru kat FB berkaitan dengan CGA(result pelajar u) yang baru saja beberapa hati menampakkan mukanya,jadi kisah result ni masih segar di fikiran mahasiswa UNISZA.

"Alhamdulillah result aku naik sikit dari sem lepas". "Ala rezeki aku takat ni ja aku redho". "Tak da rezeki aku sem ni dapat cukup-cukup makan ja"."rugi aku tak usaha lebih sikit kalau tak boleh dapat anugerah dekan sem ni" Nah!!! inilah diantara kata-kata yang terkeluar setelah melihat hasil titik peluh sendiri. Sahabat-sahabat marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran atas apa yang Allah hadiahkan kepada kita. Yang tidak capai target usah berputus asa kerna setiap usaha kita akan ada hasilnya, sikit atau banyak itu aturan yang Maha Esa.Setiap sesuatu merupankan ujian,bagi yang melebihi target ingatkah kamu Allah sedang mengujimu samada kamu sombong mahupun kamu bersyukur dan ber'thank you' kepada Allah. Yang result tak seberapa, yang dikatakan tak seberapa itulah rezeki, 2.0,2.9,3.0 itu semua rezeki namanya.


Rentetan dari penulisan pasal rezeki,ingin juga penulis berkongsi situasi yang orang angap apa yang dia dapat bukanlah rezeki,tetapi sekiranya dilihat dengan mata hati maka kita dengan megahnya akan berkata "Alhamdulillah inilah rezeki untukku"


Pak Abu seorang nelayan dan sudah semestinya kerjanya menangkap hidupan laut.Setiap hari beliau akan membawa pulang udang galah yang besar-besar kepada anak-anak dan isterinya.Maka bergembiralah mereka menikmati hidangan yang lazat. Pada suatu hari, hati Paka Abu dirundung kesedihan kerana setiap pukat yang diangkat tidak memperoleh udang galah yang besar, yang ada cuma udang galah yang tak cukup vitamin yakni kecil-kecil(tak da muscle). Lalu dibawa pulang udang tersebut,sesampainya di rumah Pak Abu memanggil anaknya yang paling bongsu lalu bergegas lari anaknya mendapatkan Pak Abu. "mana udangnya pak?",tanya si anak. "Tak da rezeki kita hari ini nak, udang galah kecil-kecil ja yang ayah dapat",kata Pak Abu keletihan..............

(Tidakkah udang-udang yang kecil itu merupakan rezeki??)


Kadang-kadang didalam keluarga ada ibu bapa yang mengeluh dengan kesesakan wang bagi menampung kehidupan. "Emm tak da rezeki kita bulan ni, duit tak cukup untuk makan sedap-sedap, ikan masin ja yang mampu ayah beli", kata si ayah melepaskan keresahan di hati.

(makan sedap=kehendak VS makan untuk dapat tenaga=keperluan)
ikan masin pon ikan masinlah itulah rezeki

Buletin 1.30(26/12/2010) kat tv3 tadi ada menyatakan bahawa di rantau panjang,kelantan tiba-tiba muncul ikan yang tidak pernah ada dikawasan tersebut,antara ikannya ialah terebuk,sepat dll.Tajuk besar berita adalah ikan tiba-tiba muncul dan isi kandungan dalamnya barulah menyebut tentang "dapatlah penduduk dikawasan sekitar mendapat REZEKI dengan kejadian yang dianggap aneh ini" Apa yang sepatutnya diingati dilupakan dan apa yang tak sepatutnya dihangatkan menjadi topik utama...

Apa-apa pon pesan penulis pada diri dan sahabat, bersyukur dengan apa yang ada,jangan bebankan diri,keluarga,masyarakat dan orang sekeliling kita dengan berkata "tak da rezeki aku kali ni"


Ya Allah dosaku menggungung tinggi tetapi RAHMATMU melangit luas.
Penulis tinggalkan pembaca dengan lirik nasyid UNIC

(Hakikat bahagia)

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki ...


ummu yusra



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman

Umurku bertambah,Dekatlah kematian

Lilypie Kids Birthday tickers