Selesema satu penyakit yang seboleh mungkin mahu dielakkan oleh semua orang terutama sekali penyanyi(sengau la nanti). Oleh kerana penulis baru melepasi fasa selesema maka penulis ingin membuat satu kesimpulan mengenai penyakit selesema ini.
Dalam diam selesema menambahkan pahala dan meningkatkan keimanan kita..
Hah!! kok gimana penulis??
gini......Cuba bayangkan sekarang pembaca semua sedang selesema,apa yang berlaku?
Hidung berhingus,bersin,makan tak rasa apa-apa, sakit kepala dll.
Hidung berhingus..... ada sapa-sapa yang cuba buang hidung dia?? sudah semestinya tiada kan,so kita sudah menerima qada dan qadar tuhan..Nah!! pahala dapat, tingkat keimanan juga meningkat..InsyaAllah..
Bersin......lepas bersin selalunya kita akan kata Alhamdulillah, orang yang dengar akan kata Yarhamkallah(male) Yarhamkillah (female) dan kita akan jawab kembali yahdina wayahdikumullah..Nah!! sekali lagi lisan kita basah dengan berzikir, bukan diri kita sahaja malah kaum kerabat disekeliling kita...tambah lagi pahalanya, naik satu lagi grade keimanan..InsyaAllah..
Makan tak rasa apa-apa...sebelum selesema, penulis meneka bahawa ada sesetengah insan yang mengalami masalah tidak boleh berhenti makan..hehe..dan bila musim selesema muncul, makanya pakat ramailah tak lalu nak makan.waktu inilah baru kita dapat merealisasikan 'makan sewaktu lapar berhenti sebelum kenyang'.Nah!! kita telah mengikut sunnah Rasulullah,sapa-sapa yang ikut sunnah akan dapat pahala, iman pun bertambah..InsyaAllah
'Beruntunglah bagi orang yang selesema', usah dirungutkan tentang penyakit yang menimpa kerana Allah memberi pahala yang percuma..
ummu yusra
kuliah syariah sem 4
Fakulti Kontemporari Islam
UNiSZA
Isnin, 27 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan