'Setiap yang bernyawa pasti akan mati',sepotong ayat cinta ini kupahatkan dihati bagi menjalani hidupku yang akan datang tidak kira susah or senang, suka or duka.
Pada tahun 2005 merupakan tahun keluargaku diuji dengan kehilangan orang yang tersayang.siapa??? abangku,Allahyarham Mohd Hanafi bin Sihkh Khalid(al-Fatihah)...amin ya Rabbal alamin..
Mengapa artikel sebegini ditulis?? penulis hanya mahu berkongsi dengan sahabat semua mengenai kasih sayang yang Allah anugerahkan kepada kita. Siapa pun dia,bagaimana pun perangai dia, apapun masalah yang dia lakukan, sekesat manapun kata-kata dia.DIA tetap saudara kita. pepatah ada mengatakan 'air dicincang tidak akan putus', begitulah kehidupan berkeluarga. Bagi yang membenci keluarga mereka, penulis yakin ada sekelumit belas kasihan didalam diri kita untuk menyayangi keluarga kita.Terimalah mereka seadanya walaupun susah untuk menerimanya tetapi didiklah hati kita untuk memahami dan menyayangi satu sama lain.
Penulisan di atas bukanlah penulis menggambarkan Allahyarham abang penulis tetapi penulis hanya mengungkap realiti kehidupan berkeluarga yang berlaku sekarang. Penulis tidak mahu menulis mengenai Allahyarham abang penulis kerana yang pergi biarlah pergi walaupun dialah yang menjadi penyeri tetapi Allah lebih mengerti. Moga kehidupannya disana lebih indah dari sini.
Kasih sayang bukanlah hanya ungkapan dimulut bagi meyakinkan orang lain bahawa kita menyayanginya tetapi dengan berdoa, memberikan senyuman,menyenangkan orang disekeliling kita juga merupakan medium bagi kasih sayang.
Bagi sahabat-sahabat yang kehilangan orang yang disayangi, calitkanlah secubit doa buat mereka seusai solat kita agar kehidupan mereka dialam kubur tenang dek kerana sinaran cahaya doa kita.
"em penulis, saya masih cukup ahli keluarga, abang-abang,kakak-kakak,adik-adik, mak, ayah masih ada so tak perlu la kot saya berdoa."
Tanya penulis kepada kamu,"Tidakkah keturunan dari nabi Adam hinggalah ayah kamu merupakan ahli keluargamu?? moyang-moyang,nenek,atuk dll.Apakah mereka tidak bisa menerima doamu?? tanpa mereka siapalah kamu yang berdiri megah pada hari ini."
'Lahirmu dengan tangisan, biarlah matimu dalam senyuman'
ummu yusra
Ahad, 26 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan