Sabtu, 30 Oktober 2010
PERIGI MENCARI TIMBA
Perigi mencari timba atau perempuan mencari lelaki sebagai calon suamainya bukanlah sesuatu yang asing di dalam Islam. Di antara contoh yang boleh dijadikan rujukan perempuan Islam pada hari ini adalah kisah Saidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah S.A.W. Ini menunjukkan bahawa harus di sisi agama bahkan digalakkan jika seseorang perempuan itu meminang seorang lelaki yang soleh.
Walaubagaimanapun, adat kita di Malaysia memandang perkara ini sebagai sesuatu yang janggal dan memalukan. Seseorang perempuan itu akan dikatakan gatal jika mereka yang memulakan dahulu perhubungan dengan seseorang lelaki. Sedangkan mendapatkan seorang lelaki / suami yang soleh adalah di antara perkara utama yang dituntut oleh agama.
Persepsi ini perlu diubah secara perlahan-lahan dan beransur-ansur. Selain itu juga, perlulah diingatkan kepada mana-mana perempuan yang ingin memulakan dahulu peminangan ini agar sentiasa menjaga adab-adab dan sopan-santun yang telah di ajar oleh Islam. Jagalah percakapan dan perbuatan agar pihak lelaki tidak salah faham tujuan kita memulakan dahulu perhubungan itu.
To> Mujahidah Islam
Moga-moga hajat yang hendak disampaikan akan dapat difahami dan berdoa agar Allah perkenankan.Amin
Jumaat, 29 Oktober 2010
Atas hidayahMu ku melepaskan diri dari sangkar hina
Ya Allah saatku mengenaliMu semula,terasa diri ini penuh dengan dosa..dosa-dosa semalam akan ku jadikan pengalaman dan akan ku bawa hingga ke akhir hayatku..
Aku seekor burung yang dahulunya punya impian menggunung untuk menjadi seorang puteri raja..Hari-hari aku berusaha sedaya upaya untuk mencapai cita-citaku.(aku tidak sedar diri bahawa aku cuma seekor burung yang hina).Sedaya upaya ku,aku menunjukkan kecantikkanku,kemanjaanku,keayuanku untuk memikat putera raja yang acap kali berjalan-jalan di dalam hutan sambil berburu..Ke mana saja putera tu pergi aku akan terbang bersamanya,hasrat hatiku agar putera itu nampak akan kecantikkan warna,dan kehalusan bulu badanku..
Setiap kali putera raja kedalam hutan akan ku bersiul keluarkan suaraku agar didengari oleh putera raja tersebut..Saban hari ku berusaha tapi tidak berjaya kerana putera raja itu tidak tertarik dengan kecantikkanku.Aku bagaikan tidak sedar akan wujudnya penciptaku
Ku cuba lagi tanpa berputus asa akhirnya putera raja itu perasan akan kehadiranku..Putera raja menyuruh orang suruhannya menangkapku..Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal,aku tidak terbang pergi malah ku terbang menghampiri putera berkenaan..
Nasib menyebelahiku, putera raja itu seorang yang sangat baik terhadapku,dia telah menyediakan sebuah sangkar yang cantik untukku.Aku dijaga dengan penuh kasih sayang,aku diberi makan,aku diberi perhatian,aku diperkenalkan kepada putera raja lain..
Tetapi saban hari aku di dalam sangkar aku tidak tenang dan aku rasa ada sesuatu kekurangan didalam hidupku..Ya memang ada kekurangan yakni kehidupan aku dulu yang bebas melihat ciptaan tuhan.
Suatu hari aku menyuarakan ketidakselesaanku berada di dalam sangkar,aku minta diriku dikembalikan semula ke hutan..Putera raja berasa sedih lalu bertanya kepadaku "apakah tidak cukup layananku terhadapmu selama ini???" sekiranya ku mampu menjawab kepadamu bahawa kehidupanku sebelum ini lebih ceria dari sekarang, iaitu berada di bawah rahmat tuhan. "adakah kau mahu putera raja yang lain memeliharamu??" tambah sang putera raja..bukan begitu jeritku di dalam lubuk hati,tetapi apa yang ku mahu cuma kembali ke sisi penciptaku dan berada ditempat yang sesuai bagi diriku yang dicipta sebagai seekor burung..
Aku berdoa agar putera raja mengerti apa maksudku,akhirnya penciptaku mengabulkan doaku..Aku dilepaskan oleh putera raja kembali ke tempat asalku yang mana tempat yang sudah pasti diciptakan untukku.
Akhirnya aku bebas terbang ke sana dan ke sini melihat keajaiban ciptaan Illahi tanpa perlu lagi berkurung di dalam sangkar yang selama ini ku anggap yang terbaik bagiku rupanya tidak.Tempatku disisi penciptaku bukan disisi sangkar yang hina itu.
Sekarang ku mengerti bahawa sekiranya diri ini bebas dari perkara yang diinginkan yakni yang salah di sisi pencipta lebih sempurna dari hidup yang cuma bahagia seketika tetapi berduka kemudiannya..
nukilan
ummu yusra
Rabu, 27 Oktober 2010
Islamic Fashion festival
Rasanya masih tidak terlambat lagi saya mengutarakan tentang isu yang hangat diperkatakan sekarang iaitu berkenaan dengan fashion terbaik yang pernah di buat di negara kita (baik ke??)
Itu ikut pandangan masing2 la coz semua orang boleh bagi pendapat kan??
Bagi penulis sendiri memang fashion sedemikian tidak patut di anjurkan,nak kata orang anjurkan tu xda agama or tak mendalami agama Wallahu A'lam kita serahkan pada Allah..nak tuduh lebih2 kita tak tahu hati seseorang tu mcm mana lagipun kita sendiri tak tahu pengakhiran hidup kita adakah dengan kalimah syahadah mahupun tidak(nauzubillah)..
Dengan adanya realiti yang kita ketahui tentang pemimpin 'kita',adakah kita perlu melihat apa yang pemimpin 'kita' lakukan dan time pilihanraya main pangkah ja...
jom kita fikir-fikir,pakaian anak-anak muda sekarang macam mana terdedah ka tertutup?? kalau tertutup pun tempat yg ada kurap panau dan sama waktu dengnnya...tahu badan tu x cantik tapi pakai juga katanya berfesyen tapi tu bukan berfesyen,kita boleh lihat kembali kepada sejarah,apa pakaian yang dipakai orang kuno dulu-dulu? sama x dengan fesyen sekarang???(fikir sendiri la)
bukan tu ja ditambah pula golongan mak-mak dan ada yang pegang award nenek pon masih x paham-paham pasal aurat tu,dah tua tu tobat-tobat la Allah bagi masa lagi,peluang kat depan mata so napa la x ambik letak dalam dompet tu jaga macam kita sayang Duit tu baru betul..
Dengan adanya fesyen yang dikata islamic tu rasa-rasanya apa pandangan orang-orang yang memang sudah dibaluti pakaian adik-adik mereka berfikir ea?? kali ni bukan tepuk dada tanya iman dah tapi tepuk kepala tu napa x fikir halal haram.
Mana penghayatan tentang islam???
sekiranya rakyat lalai pemimpin ingatkan
kalau pemimpin yang lalai????
(majlis agama kot)
Ada pula tulisan kat baju-baju islamic tu..nak tunjuk kata Malaysia ni islamic la tapi x tahu orang yahudi dan nasara yang tahu tentang islam ni gelak besar dah,islam sendiri menghina islam...
mana penghayatan rukun Negara????????
kat botol air,kat buku,kat kerusi ah macam lagi banyak sangat..
first rukun negara "kepercayaan pada Tuhan"
sapa yang hayati benda ni??rakyat ja ka??
pandai tulis pandai kempen tapi tak praktik...
Ayuh sahabat2 semua mana kasih sayang kita pada penghulu segala nabi Rasusullah.adakah sanggup kita lihat kekasih kita dihina??
Ya Allah,apa yang dah terjadi kepada negara yang dikatakan Islam ini...
ummu yusra
Selasa, 26 Oktober 2010
Bid'ah(note)
Definisi yang tidak kalah bagusnya adalah dari Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Beliau rahimahullah mengatakan,
وَالْبِدْعَةُ : مَا خَالَفَتْ الْكِتَابَ وَالسُّنَّةَ أَوْ إجْمَاعَ سَلَفِ الْأُمَّةِ مِنْ الِاعْتِقَادَاتِ وَالْعِبَادَاتِ
“Bid’ah adalah i’tiqod (keyakinan) dan ibadah yang menyelishi Al Kitab dan As Sunnah atau ijma’ (kesepakatan) salaf.” (Majmu’ Al Fatawa, 18/346, Asy Syamilah)
Ringkasnya pengertian bid’ah secara istilah adalah suatu hal yang baru dalam masalah agama setelah agama tersebut sempurna. (Hal ini sebagaimana dikatakan oleh Al Fairuz Abadiy dalam Basho’iru Dzawit Tamyiz, 2/231, yang dinukil dari Ilmu Ushul Bida’, hal. 26, Dar Ar Royah)
Bawalah daku
keheningan pagi menusuk ke sanubariku
kegelapan semalam meninggalkan tanda tanya bagiku akan kebesaranMu
pagi indah ku mulakan dengan munajat kepadaMu
rutin harianku berzikir mathurat kepadaMu
kutambah dengan alunan ayat-ayat cintaMu
ku memilih ayat cintaMu yang menerangkan tentang hari kiamat (al-Waqiah)
aku berusaha sedaya upayaku agar diri hina ini tidak terlupa
akan janjiMu di hari mulia yang entah bila hadirnya.
Ya Allah,aku musafir yang hina
mencari keredhoanMu
di dalam ku bermusafir
terdetik di hatiku menginginkan peneman jalanKu
menuju ke JannahMu..
Yang Maha Esa,
kehidupanku adalah milikmu
Engkaulah petunjuk bagi jalan gelapku
seketika ku mencari
hambaMu yang sanggup menyuluh bersama-samaku di jalan gelapMu
Seketika ku termenung dan berfikir
semakin ku dalami ilmuMu
semakin ku temui kekuranganku
sebagai abduhMu...
ku tak layak meminta hambaMu yang lain untukku
tetapi Kau Maha Mengetahui
hambamu ini tidak dapat mengharungi
liku-liku jalanMu tanpa seorang pria disisi
nukilan,
ummu yusra
Isnin, 25 Oktober 2010
Harapan dalam kedinginan
Harapan...
andai ku mampu bersuara
andai ku mampu meluahkan segala
andai ku mampu menaip mutiara cinta
andai ku mampu...... :-(
andai ku mampu...... :-(
andai ku mampu.... :-(
aku hanya milikMu
aku hanya abduh Mu
aku hanya kekasih hinaMu
aku hanya makhlukMu
ini semua takdirMu
ini semua kehendakMu
ini semua perancanganMu
segalanya milikMU
Harapan
ku punya harapan di lautan
ku punya harapan di lembah
ku punya harapan di kaki gunung
ku punya harapan menggunung
Harapan
ku menaruh hati
ku mencari dan kutemui
tetapi..............
siapa diriku ini
tidak layak bagi diri hambamu yang bergelar wali.....
Ya Allah sekiranya aku jatuh hati
campakkanlah hati ini ke dalam hati hamba yg rindu akan cintaMu
Ya Allah sekiranya aku jatuh hati
Janganlah kau cintakan hati ini lebih kepada hambaMu melainkan hanya cinta untukMU
nukilan
ummu yusra
Ahad, 24 Oktober 2010
Abahku terbaik
Sama-sama kita hayati,gunalah mata hati....
Abah......
satu ungkapan penuh makna
tidak pernah berpaling walau sedetik
meninggalkan aku terkapai-kapai dalam kehidupan
tidak pernah terlalai walau seketika
membiarkan aku mencari sendiri erti kehidupan
Abah......
ungkapan yg sayup kedengaran
bagi anak-anak yg menghargai permata yang ada
Tidak pernah sekali-kali
membiarkan anakmu yang tidak tahu bersyukur ini
tersesat ke jalan yang tidak diredhoi
Abah......
dari jauh kukirimkan salam rindu
titisan mutiara tidak dapat ku tahan
ku biarkan ianya gugur membasahi
pipi ku yg menjadi singgahan bibirmu
Abah......
terdetik di hatiku untuk memelukmu
tapi apakan daya
anakmu jauh diperantauan
sedangkan keringat tuamu
membasahi bumi
mencari secicip rezeki buat santapanku
Abah.....
sekiranya ku tahu
sekiranya ku mengerti
sekiranya ku mampu menghadapi
sekiranya ku adalah diriku
ku mahu menaggung penderitannmu
Tidak pernah sekali-kali kumahu
menatap wajahmu yang letih sayu
Abah....
ampunkan kesalahan anakmu
ampunkan kenakalan anakmu
ampunkan ketelanjuran anakmu
ampunkan kedegilan anakmu
Ya Allah
Ampunkanlah kedua ibu bapaku
Rahmatilah mereka dunia akhirat
Bahagiakan mereka dunia akhirat
Tempatkan mereka di kalangan solihin
Sekiranya ku mampu mengggung bebanan bahumu
Letakkan bebananmu ke bahu ku ABAH.....
Nukilan
ummu yusra
Cinta 'ana' 'enta/enti'
Dalam keghairahan mengejar perkahwinan yang disyariatkan, ramai yang terpedaya dgn dosa2 yg terkabur di sepanjang menuju ke gerbang perkahwinan. Semuanya menjadi halal dgn tiket mahu berkenal2an dan mencari keserasian dgn pasangan. Tambahan pula bila ia seolah2 di ‘islamik’ kan.
Cth: “sms je.. lagipun lepas sms cik abang bg tazkirah, calling2 je, lagipun lepas call boleh saling mengingatkan utk berdo’a utk satu sama lain, hari ni solat jamaah di masjid, kita jumpa lepas solat sekejap, bla bla bla”
Lupakah mereka bahawa Allah tak cakap jangan berzina, tapi jangan HAMPIRI zina. Lupakah mereka bahawa syaitan tidak terus menggoda dgn dosa besar tapi dimulakan dulu dgn dosa2 kecil yang diremeh-temehkan, even pemujaan berhala juga sejarahnya dimulai dgn penghormatan dan pengingatan yang melampau kepada org2 soleh.
Dan siapa yang dapat menjamin bahawa pasangan kita itu adalah jodoh kita, walaupun sudah mengikat tali pertunangan, walaupun akan diijab kabul esok hari, perkara yang halal selepas nikah tetap hanya halal selepas nikah. Tidak pernah syariah menghalalkannya walaupun beberapa jam sebelum nikah. kerana yang pastinya mati itu pasti dan tidak diketahui bila masanya dan seandainya mati yang mendahului nikah itu, alangkah malangnya kalau tidak sempat bertaubat.
Beratnya utk memperkatakan tentang ini kerana diri sendiri juga menanggung beban fitnah yang boleh datang bila2 masa ini. Ditambah lagi dgn desakan2 persekitaran yang menyuruh utk mencari. Hmm.. bagaimanakah utk saya jelaskan pada mereka, sementelah dosa2 yang diremehkan ini telah membudaya. Wahai sahabat, pesanan ini bukan berbentuk satu hala shj (dari saya kepada sahabat semua), tapi sbg permintaan juga utk mengingatkan diri saya seandainya saya terlupa.
nukilan,
ummu yusra
(unisza)
Khamis, 21 Oktober 2010
AMPUNKAN AKU
ampunkan hambamu
yang sentiasa berlumpur
oleh kemilau mungkar
membentuk aku
menjadi hamba-Mu
yang enggan mengenal diri
Bukan ini kali pertama
aku menyerah
tapi kemurahan ampunan-Mu
sering memujukku
lalu aku memaaf diri
untuk mengulangi noda
Ya Tuhan
aku selalu menipu
dengan mengharap pasti bersih
pada akhir kembaliku
Begitupun
AMPUNKAN AKU
Nukilan
ummu yusra
Selasa, 12 Oktober 2010
Niat sebelum 'bernikah'
Setiap pasangan yang akan berkahwin hendaklah memasang niat-niat yang baik,sesuai dengan tujuan-tujuan perkahwinan yang telah digariskan oleh Islam;antaranya:
1.Ingin meramaikan umat Islam.
Firman Allah s.w.t.bermaksud: "Wahai sek
alian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai." (an-Nisa': 1)
2.Membersihkan zuriat dalam keluarga Islam.
Firman-Nya yang bermaksud: "Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis diri kamu sendiri, dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cicit, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik.Maka mengapakah mereka beriman kepada yan
g bathil dan mengikari nikmat Allah?" (an-Nahl: 72)
3.Menceriakan kehidupan umat.
Seperti maksud firman Allah s.w.t.: "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati
dan hidup mesra dengannya. (ar-Rum: 21)
4.Membantu menyuburkan iman.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain,mereka menyuruh membuat kebajikan dan melarang daripada berbuat kejahatan,dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. (at-Taubah:
71)
Tujuan-tujuan sebegini wajar diteliti oleh setiap orang yang hendak berkahwin agar perkahwinan itu dibina di atas landasan yang betul dan kuat serta dikaitkan dengan kepentingan agama. Namun demikian, ini tidak bermakna Islam menafikan kepentingan peribadi dalam setiap perkahwinan. Malah di atas kepentingan peribadi itulah dibina kepentingan Islam tadi, sesuai dengan maksud beberapa hadis berikut:
1.Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah." (Riwayat Abu Daud dan Nasa'i).
Untuk menambah bilangan umat Islam ke tahap yang membanggakan Rasulullah, mestilah dengan keinginan seks. Seorang yang berkahwin tanpa ada keinginan seks tidak akan menghasilkan zuriat, malah orang yang tidak bernafsu seks tidak dibenarkan berkahwin. Untuk mencapai kehendak Rasulullah di atas maka setiap kali melepaskan keinginan seks, niatkan untuk menambah bilangan umat yang bertaqwa.
2.Rasulullah bersabda, maksudnya: "Pilihlah tempat menyimpan air mani yang baik (isteri solehah) dan kahwinilah wanita yang sepadan." (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim).
Pilihan yang tepat ada kaitan dengan zuriat keturunan. Perhubungan seks dengan pasangan yang baik itu menjadikan zuriat keluarganya baik-baik juga. Sebaliknya, jika keturunan salah satu dari pasangan itu terdiri daripada orang yang pernah membuat maksiat maka kesannya akan menjalar kepada zuriatnya pula.
Rasulullah bersabda: "Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia enggan, maka tidurlah suami itu dalam keadaan marah kepadanya. Akibatnya malaikat turut marah kepadanya sehingga Subuh. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hubungan seks boleh menceriakan hati pasangan suami isteri. Tanpanya akan menjadikan hati pasangan menjadi gundah, menderita dan tidak tenang. Isteri perlu sedar tanpa berkahwin pun seseorang itu boleh memakai pakaian bersih,boleh makan makanan yang enak dan boleh berhibur hati, tetapi tanpa perkahwinan dia tidak boleh menyalurkan keinginan seks secara halal. Kerana
itu, hormatilah suami demi menceriakan jiwanya.
3.Rasulullah pernah juga bersabda yang menggambarkan apabila seseorang itu berkahwin menangislah para syaitan dan sembahyang orang yang berkahwin lebih pahalanya daripada mereka yang belum berkahwin.
Dengan berkahwin, seorang isteri itu akan terbela kehidupannya, terselamat kehormatannya manakala suami pula tidak akan terjebak lagi dengan dosa dan maksiat kerana semuanya ada di dalam rumahtangga mereka. Ini dengan sendirinya boleh meningkatkan iman dan taqwa masing-masing.
Begitulah antara sebab mengapa perkahwinan disyariatkan dan begitu dititikberatkan. Seorang lelaki tidak minta dirinya dikahwinkan, wanita tidak minta dirinya dilamar dan janda tidak minta diri dan anak-anaknya dibela melainkan hanya untuk kepentingan Islam. Demi mahu merebut kasih sayang, rahmat dan redha Allah sebagai jambatan selamat menuju ke hari
akhirat.
"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik."- Ibn Majah
Jumaat, 8 Oktober 2010
Mahkamah
ummu yusra
Khamis, 7 Oktober 2010
Jadual Imtihan Akhir sem 3/2010
8.15-9.30 pm
Asas pembudayaan keusahawanan (AH 01)
22/11/2010
11.30-1.30 ptg
Aqidah (DABS)
24/11/2010
8.30-10.00 am
Aqidah & Akhlak (DABS)
25/11/2010
8.30-10.00 am
Undang-undang pentadbiran hukum Islam
27/11/2010
11.30-1.30 ptg
Mantiq (DABS)
29/11/2010
8.30-10.30 am
Ulum hadis (AH 01)
1/12/2010
2.30-5.30 ptg
Fiqh Muamalat (AH 01)