Jumaat, 29 Oktober 2010

Atas hidayahMu ku melepaskan diri dari sangkar hina


Ya Allah saatku mengenaliMu semula,terasa diri ini penuh dengan dosa..dosa-dosa semalam akan ku jadikan pengalaman dan akan ku bawa hingga ke akhir hayatku..

Aku seekor burung yang dahulunya punya impian menggunung untuk menjadi seorang puteri raja..Hari-hari aku berusaha sedaya upaya untuk mencapai cita-citaku.(aku tidak sedar diri bahawa aku cuma seekor burung yang hina).Sedaya upaya ku,aku menunjukkan kecantikkanku,kemanjaanku,keayuanku untuk memikat putera raja yang acap kali berjalan-jalan di dalam hutan sambil berburu..Ke mana saja putera tu pergi aku akan terbang bersamanya,hasrat hatiku agar putera itu nampak akan kecantikkan warna,dan kehalusan bulu badanku..

Setiap kali putera raja kedalam hutan akan ku bersiul keluarkan suaraku agar didengari oleh putera raja tersebut..Saban hari ku berusaha tapi tidak berjaya kerana putera raja itu tidak tertarik dengan kecantikkanku.Aku bagaikan tidak sedar akan wujudnya penciptaku

Ku cuba lagi tanpa berputus asa akhirnya putera raja itu perasan akan kehadiranku..Putera raja menyuruh orang suruhannya menangkapku..Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal,aku tidak terbang pergi malah ku terbang menghampiri putera berkenaan..

Nasib menyebelahiku, putera raja itu seorang yang sangat baik terhadapku,dia telah menyediakan sebuah sangkar yang cantik untukku.Aku dijaga dengan penuh kasih sayang,aku diberi makan,aku diberi perhatian,aku diperkenalkan kepada putera raja lain..

Tetapi saban hari aku di dalam sangkar aku tidak tenang dan aku rasa ada sesuatu kekurangan didalam hidupku..Ya memang ada kekurangan yakni kehidupan aku dulu yang bebas melihat ciptaan tuhan.

Suatu hari aku menyuarakan ketidakselesaanku berada di dalam sangkar,aku minta diriku dikembalikan semula ke hutan..Putera raja berasa sedih lalu bertanya kepadaku "apakah tidak cukup layananku terhadapmu selama ini???" sekiranya ku mampu menjawab kepadamu bahawa kehidupanku sebelum ini lebih ceria dari sekarang, iaitu berada di bawah rahmat tuhan. "adakah kau mahu putera raja yang lain memeliharamu??" tambah sang putera raja..bukan begitu jeritku di dalam lubuk hati,tetapi apa yang ku mahu cuma kembali ke sisi penciptaku dan berada ditempat yang sesuai bagi diriku yang dicipta sebagai seekor burung..

Aku berdoa agar putera raja mengerti apa maksudku,akhirnya penciptaku mengabulkan doaku..Aku dilepaskan oleh putera raja kembali ke tempat asalku yang mana tempat yang sudah pasti diciptakan untukku.


Akhirnya aku bebas terbang ke sana dan ke sini melihat keajaiban ciptaan Illahi tanpa perlu lagi berkurung di dalam sangkar yang selama ini ku anggap yang terbaik bagiku rupanya tidak.Tempatku disisi penciptaku bukan disisi sangkar yang hina itu.

Sekarang ku mengerti bahawa sekiranya diri ini bebas dari perkara yang diinginkan yakni yang salah di sisi pencipta lebih sempurna dari hidup yang cuma bahagia seketika tetapi berduka kemudiannya..

nukilan
ummu yusra

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman

Umurku bertambah,Dekatlah kematian

Lilypie Kids Birthday tickers